darmansyah

November 16, 2011

Bersama sepupu di kampung

Pabila Dahlya berjumpa dengan sepupu-sepupunya di kampung.. macam-macam karenah kami lihat. Dahlya senang berkawan dengan sesiapa akan tetapi selalu sahaja bergaduh dengan Nabil dan Ecah!! "berantam" saja kejenya.. mungkin hampir sebaya jadi tidak pandai beralah sesama mereka.




Jom jalan!!


Bersama kakak sepupunya




November 14, 2011

Beraya ke Medan

Raya Korban kali ini kami sekeluarga bercadang untuk balik ke Langsa, Medan Indonesia. Perkara yang sangat menarik ialah Dahlya dah besar dan tahu menyebut " aeroplane"  kerana sebelum2 ini Dahlya naik kapal terbang pasti akan tidur sebelum menaiki pesawat. 

Perjalanan dari LCCT ke Polonia Medan mengambil masa 45 minit. Dan Abg Nabil sepupu Dahlya sudahpon menunggu Dahlya di pintu keluar Polonia. 


















November 02, 2011

Vespa atok

Sudah lama kami sekeluarga tidak balik ke Selayang dan Klang.. Raya Haji ni kami bercadang untuk beraya di Medan. Jadi kami mengambil kesempatan hujung minggu lepas melawat atok dan andung di Selayang & wan dan atuk di Klang.

Atok Selayang memang berhati besar membaiki Vespa yang sangat-sangat uzur. Lantai motor sebelum ini kami lihat dah hampir reput..kadang-kadang kasihan kami melihat atok menghidupkan enjin motor. hehee.. Atok punya kereta.. tetapi mungkin die berkecil hati kerana selalu mendengar Dahlya suka dan sayang Atok Klang kerana sering bersiar-siar menaiki motor.

Dan sekarang lihat motor vespa atok!!! segak dan kukuh!!! apalagi ntah kemana la atok dan cucu bersiar-siar sejam lamanya..




October 10, 2011

Taman Tema Baitunnuha..

Engku sedang memasang gelongsor/slide sambil mengomel.. "dah macam taman tema.. tadika pon ade.." Umi tersenyum-senyum sahaja mendengar Engku memerli.. dan Dahlya terlompat girang...

Isnin lepas Umi dan Dahlya keluar rumah senyap2 membeli gelongsor "slide" di UKM atas tangan orang. Memang agak murah dia jual.. semua ini kerana bunga kesayangan Umi la.. sian.. padahal depan rumah mmg ada taman permainan.. tp takde siapa nak temankan Dahlya nak bermain di waktu petang.. (umi kejo memasak nak oi.... )




merasmikan gelongsor/slide baru.. 




Ahad lepas Engku membawa keluar gelongsor dan mengajak anak2 jiran bermain sama Dahlya..