darmansyah

November 02, 2011

Vespa atok

Sudah lama kami sekeluarga tidak balik ke Selayang dan Klang.. Raya Haji ni kami bercadang untuk beraya di Medan. Jadi kami mengambil kesempatan hujung minggu lepas melawat atok dan andung di Selayang & wan dan atuk di Klang.

Atok Selayang memang berhati besar membaiki Vespa yang sangat-sangat uzur. Lantai motor sebelum ini kami lihat dah hampir reput..kadang-kadang kasihan kami melihat atok menghidupkan enjin motor. hehee.. Atok punya kereta.. tetapi mungkin die berkecil hati kerana selalu mendengar Dahlya suka dan sayang Atok Klang kerana sering bersiar-siar menaiki motor.

Dan sekarang lihat motor vespa atok!!! segak dan kukuh!!! apalagi ntah kemana la atok dan cucu bersiar-siar sejam lamanya..




No comments:

Post a Comment