darmansyah

August 23, 2011

Segalanya Raya



pose rambut baru

Semakin dekat kita dengan Hari Raya dan harini ini genap 23 hari umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan. Umi sedih kerana hanya 5 hari sahaja umi dapat berpuasa, yang selebihnya disarankan oleh doktor supaya tidak puasa. Cedeh.. ;(

Raya kalini sangat meriah untuk Dahlya, ade 6 pasang baju raya sudah dibeli untuknya. Walaupun anak kecil ini tidak memahami pengertian Raya tetapi ia tetap gembira setiap kali melihat baju barunya tergantung.

Hari minggu lepas kami membawa Dahlya ke Saloon rambut untuk memotong rambutnya. Selepas memotong rambut Engku mengajak kami membeli subang untuk Dahlya. Raya sakan budak kecik ni!!

sesi menebuk subang


August 03, 2011

Anugerah Allah

Pejam celik kita sudah 4 hari menunaikan ibadah puasa. Pada bulan puasa tahun ini Dahlya sudah menunjukkan erti nikmatnya berbuka puasa. Lihat azan di tv dan akan mengangkat doa ketika Engku membaca doa buka puas, kadang Dahlya tersasul kerana doa makan yg selalu diucapkan berbeza dengan doa berbuka puasa.

Gambar dibawah merupakan gambar terbaru Dahlya dirumah Wan. Wan ketika ini sibuk membersihkan rumah disebabkan kerja2 ubahsuai. Manakala Dahlya sedang menunggu kelahiran adik baru yang dijangkakan akan lahir pada tahun hadapan. InsyaAllah.













July 14, 2011

Dahlya bermain

Sudah 2 minggu kehidupan kami ceria!! Dahlya tidak sakit dan mukanya tidak comot dari lebam dipukul kawan ataupon kesan cakaran/gigitan dari kawan-kawan di pusat asuhan.

Melihat badannya semakin montel terima kasih atas jagaan maknya yang rajin masak, bg susu dan sepenuh perhatian buat si ligat ini.

Hari minggu yg lepas kami mengambil peluang bermain di rumah sahaja. Dahlya semakin membesar, kuat bergaya dan menyanyi.. ada sahaja aksi dan gelagat yang melucukan kami.







July 04, 2011

Jagaan Baru


Hari isnin adalah hari pertama cik Dahlya di hantar ke rumah Kak Zana dan harini juga Dahlya tidak lg di hantar pusat jagaan (PJ) Aulad. Ada perasaan lega apabila tidak dihantar lagi di PJ kerana PJ itu ditutup dan akan dipindahkan pusat jagaan yang lama dan akan bertambah ramai lagi anak2 kecil disana.

Ada kelebihan dan kekurangan kalau anak-anak ini berada di PJ, kelebihannya anak pasti lebih bertanggungjawab dan baik komunikasinya. Keburukannya mudah dapat penyakit, agak lasak dan kurang prihatin dari penjaga kerana terlalu ramai.

Pagi tadi Umi menghantar di rumah kak Zana, Dahlya ada sedikit takut..Umi terpaksa cabut ketika Dahlya sedang menangis.. Kak Zana kata Dahlya menangis sekejap je.. tak sampai 2 minit, lepas tu dah sibuk bermain dengan anak kembar Kak Zana dan dah panggil pon Kak Zana itu "Mak". Kami harap keluarga Kak Zana boleh menganggap Dahlya sebagai sebahagian dari keluarganya ye...