darmansyah

July 04, 2011

Jagaan Baru


Hari isnin adalah hari pertama cik Dahlya di hantar ke rumah Kak Zana dan harini juga Dahlya tidak lg di hantar pusat jagaan (PJ) Aulad. Ada perasaan lega apabila tidak dihantar lagi di PJ kerana PJ itu ditutup dan akan dipindahkan pusat jagaan yang lama dan akan bertambah ramai lagi anak2 kecil disana.

Ada kelebihan dan kekurangan kalau anak-anak ini berada di PJ, kelebihannya anak pasti lebih bertanggungjawab dan baik komunikasinya. Keburukannya mudah dapat penyakit, agak lasak dan kurang prihatin dari penjaga kerana terlalu ramai.

Pagi tadi Umi menghantar di rumah kak Zana, Dahlya ada sedikit takut..Umi terpaksa cabut ketika Dahlya sedang menangis.. Kak Zana kata Dahlya menangis sekejap je.. tak sampai 2 minit, lepas tu dah sibuk bermain dengan anak kembar Kak Zana dan dah panggil pon Kak Zana itu "Mak". Kami harap keluarga Kak Zana boleh menganggap Dahlya sebagai sebahagian dari keluarganya ye...

No comments:

Post a Comment