darmansyah

December 04, 2013

Dugaan besar buat anak2 kecil




13hb Nov 2013
Rasenye mcm mimpi ngeri..tak nak lalui lg.. dugaan kami sekeluarga pabila Daniyal sakit. Sebelum2 ini mmg Daniyal tidak sihat hampir setiap minggu dia perlu ambil Nabulizer dan dalam ms sebulan pasti dia makan antibiotik. Jenuh merata umi bawa Daniyal mencari rawatan dari klinik biasa ke pakar di sekitar Bangi -Kajang. Akhirnya Rabu, pengasuh Daniyal msg Daniyal mcm kurang aktif. Bukan umi lepas tangan ttp dah 2 hari umi cuti menjaga Delisa dan Daniyal tdk sihat..dan rabu ada plak artwork perlu disiapkan!!

Bila sampai ke rumah pengasuh.. mmg nampak sgt Daniyal cengkung boleh dikatakan mcm "org somalia" napas agak mencungap.. bila melihat daniyal...mmg umi meraung.. ok stop!! Jgn nangis!! Aku kene kuat!! apa lg bawak kereta selaju yg mungkin!! Hubungi Engku supaya blk awal settlekan kakak dan adik krn engku kerja di KL.. Uh.. dpt parkir mungkin 1.2km.. sekuat hati..sekuat yg mungkin umi mendukung berlari membawa Daniyal.. trdengar suara daniyal sayup2.. "mi..mi.." Menjerit umi minta pertolongan staff kaunter "tolong anak saya" terus Daniyal di tolak ke zon merah 'kritikal' uh..



Selepas 7 jam.. tekanan darah dan paru2 dh stabil barulah Daniyal dipindah ke wad. Dan engku la kene jaga Daniyal diwaktu mlm krn Delisa x brp sihat dan menyusu badan.



17 nov 2013
Engku mengomel.. bawa la Delisa g cek.. risau plak jd cam abang Daniyal.. so hari Ahad umi balik klang. Mmg di Klang ramai doktor2 pakar. Kebanyakannya 'xbos' atok di hospital membuka klinik sendiri. Dan Delisa perlu juga dibawa ke hospital juga kerana tekanan darah turun dan bisul di kepalanya semakin membesar dan banyak. Oh..perlu juga selesaikan seorang diri krn Engku jaga abg Daniyal di wad. Rujuk kecemasan serdang mmbawa bam2.. Oh..dugaan Allah bg ini sgt berat.. harapnya aku cekal!!

Delisa selesai menjalani pembedahan membuang 3 biji bisul dikepalanya.

Hari ke-3 Daniyal

Hari ke-2 Daniyal

Daniyal melawat Delisa lak.. (Daniyal hari ke-6)

Kesudahannya Daniyal & Delisa disatukan 1 wad ttp berlainan bilik. Daniyal perlu diasingkan krn kuman paru2 dan virus rota. Delisa perlu di "operate" bisulnya pd esoknya.. Hati umi dipujuk agar tenang.. ramai kawan2.. sedara mara memberi sokongan. Sll "wan" berpesan.. ada lg teruk dugaan Allah bg dr kita.. xperlu bersedih sentiasa berdoa kpd Allah.. ketika daniyal ditahan wad atok abah dan wan menjaga Dahlya

Hampir sebulan umi bercuti menjaga Delisa & Daniyal hingga sembuh.. dan sihat!!..terima kasih buat shbt, kenalan, saudara-mara dan mereka yg mendoakan kesihatan anak2 umi ini.. hanya Allah saja yg dpt membalasNya.

Penjagaan dan persekitaran rumah perlu dijaga dgn bersih. Stp hari balik dr kerja umi mengemop & menyapu stp hari. Selain itu doktor yg merawat Daniyal ada berkongsi tips :
1. Elakkan pemasangan permaidani, tikar yg memerangkap habuk,
3. Pastikan stp hari rumah disapu dan mop dengan bersih
3. Tidak membela binatang. Ini kerana hama binatang boleh pergi sejauh 9 meter!! Melalui angin..
Dan kanak-kanak 2 tahun kebawah tiada bulu hidung.. so habuk, hama pelbagai mende akan terus masuk kedlm paru2 mereka..
4. Perbanyakkan botol susu dan puting susu
5. Jgn beri susu yg dah sejuk
6. Selepas mandi dan suhu sejuk vikskan dada mereka depan & belakang

No comments:

Post a Comment