darmansyah

December 28, 2013

cikgu ifa

27hb Disember hari terakhir 'teacher' Efa bertugas. Cikgu ini mengajar b.arab untuk kelas Dahlya, Sekolah Al-fatih.
Awal pagi bergambar dengan teacher

Masih teringat hari pertama kakak di sekolah.. umi ambil awal dalam jam 3ptg.. dan umi ternampak kelibat Dahlya dan seorang guru di tingkat bawah. "Erk... mana yg lain teacher?" Umi bertanya.. "semua tido kat atas..dahlya ni taknak tidur..die nak tidur ngan umi, katanya". Sambut teacher ifa.. dalam hati umi berkata.. "sabo sungguhla cikgu ni melayan anak aku yg macam2 kerenah ni yee.." Dahlya selalu cerita perihal Teacher Ifa.. cantik.. baik.. dan teacher kene kencing kakak!! Hahaaha.. tergelak2 die bercerita.

Teacher ifa terpaksa mengikut suaminya di Pahang.. kesian kakak... aritu teacher Azira skang Teacher Ifa plak. Takpe2.. ilmu mereka curahkan kpd kakak banyak tidak terhitung. Semoga Allah memberkati mereka berdua....amin...

Untuk teacher ifa.. sempat kakak pilihkan hadiah yg sinonim ngan "kitty"nya.


Lastday teacher ifa berkhidmat

Jenjalan di GM krismas lepas..
sempat kakak cari hadiah kt teacher

December 25, 2013

2 pilihan..?

Hampir setiap minggu kos perubatan membeli ubat daniyal dan delisa rm100-200. 16 Disember 2013 umi dh mula bekerja. Dan baru sahaja 2hari umi bekerja Daniyal dan Delisa sudah selsema dan delisa sudah ditumbuhi bisul di kepala.. runsing... bukan dek kerana pengasuh.. tidak2... mereka berdua ini sebenarnya sensitif.

24 Dis, Delisa ada temujanji doktor dan Daniyal sudah 3 hari demam. Jadi memang umi merancang bawa Daniyal pergi ke pakar. Kebetulan terjumpa Zaiha kwn sekg (kg pendamar) dia cdgnkn pakar kanak2 Tan. Sllnya umi bwk dr.Lim. Port klang.

Berposing di klinik pakar dr.tan

Slps memberitahu rekod Daniyal & Delisa mereka berdua sudah tergolong dlm kumpulan athma. Mereka mudah diserang 

  • 1. Batok
  • 2. alergik
  • 3. Selsema
  • 4. Kulit kering
  • 5. Kulit sensitif
  • 6. Ezema

Mereka berdua sgt sensitif mudah sakit dan doc. Tan sarankan utk tidak menghantar nursery atau umah jagaan yg lebih dari 3 org kanak/budak. Umi mengeluh.. "better u jaga or ambil maid"...  pilihan yg agak sukar.. berenti atau cr org gaji. Nyawa anak jgn main2.. dah bermalam2 umi tak tidur memikirkan sakit anak ni... selepas mendengar nasihat doktor.. Doc. Tan memberi 4 jenis ubat dan 2 pam (oren utk cegah dan biru vantolin) utk Daniyal dan kesemuanya bil berjumlah RM218. Ttp umi igt Dr.tan menegur.." u bg anak makan ubat tp u hantar rumah org.. mereka sakit lagi.. membazir... " terkedu umi.. nafas daniyal kuat termengah2.. lepas beri ubat die tertidur dlm perjalanan.. 

Didalam kereta umi, wan dan ucu berbincang...pening.. wan mmg dari dulu lg x bg umi berenti kerja. Tansion2... kita pergi cari barang2 sekolah kakak la kt GM. 


Ntah apa2 beli..kasut, beg kitty, bj 3D RM300++ abis dibelanja.. bj dan seluar Daniyal ditaja oleh ucu.. tq ucu!! Udahnya umi menggigit jari.. angan dihati nak beli kasut kerja sempena nak dpt bos baru dan pejabat berwajah baru.. huhuhu.. anak-anak.. 1 hari RM600 terbang.. haiissh.. 

So?? Masih belum tau lg jawapan umi.. sakit kepala fikir.. Umi syg gile2 korang bertiga tp belum memutuskan 2 pilihan doctor tan.. harap ada jawapannya secepat mungkin... nk cari pengasuh sgtlaaah susaaaah... takot pon yeee... erm.. runsing....


December 13, 2013

genap sebulan umi bercuti

Huh..rasa kejap sgt cuti sebulan menjaga 2D ni.. selalunya cuti mmg umi rasa bosan duk umah lama2.. mungkin tiada benda nak dibuat boringla kot.. tp kali ini cuti umi menjaga budak2 comel.. riang ria la mereka umi yg jaga. Hidupnya main..upin ipin..makan..berak.. tido?? Paling susah nauzubillah.. sebab best lg bermain guling2 dr tidokaaan...

Waktu pagi umi hidupkan enjin dan pergilah jengok pejabat kejap dan ke klinik kesihatan utk pemantauan 2D. Tengahari dioang tidur..ermm mereka berdua ni waktu tidur berlainan so takde harapanlah umi nk tido sekali hehehuhu... selepas mandi petang.. bawalah kereta keliling bandar seri putra agar tak jemu duk umah shj. Itulah rutin harian sebulan mereka sehingga hari ini Jumaat 13 Dis 2013 hahaa.

Minggu depan, umi dah mulai kerja.. 2D jgn nakal2 dan umi sentiasa doakan kebaikan utk kamu bertiga. Sayang korang sangat2

Ok pic ni semasa kita bercuti duk umah.. adala 2 tmpt g mkn kt luo.. saja bosan xtau nak buat pe.. huhu...


13 Dis @Volcano shabu, Cyberjaya.

Delisa kacau abg tidur

Antara permainan dioang hempap menghepap

Tolong ajar kakak buat keje sekolah

Teringin jadi bibik nak lipat kain

Main pondok2

Peneman Umi lewat malam

Membutang mata tgk upin ipin

Mereka tengah syok...

Ucu belanje kami makan kek & aiskrim

December 04, 2013

Dugaan besar buat anak2 kecil




13hb Nov 2013
Rasenye mcm mimpi ngeri..tak nak lalui lg.. dugaan kami sekeluarga pabila Daniyal sakit. Sebelum2 ini mmg Daniyal tidak sihat hampir setiap minggu dia perlu ambil Nabulizer dan dalam ms sebulan pasti dia makan antibiotik. Jenuh merata umi bawa Daniyal mencari rawatan dari klinik biasa ke pakar di sekitar Bangi -Kajang. Akhirnya Rabu, pengasuh Daniyal msg Daniyal mcm kurang aktif. Bukan umi lepas tangan ttp dah 2 hari umi cuti menjaga Delisa dan Daniyal tdk sihat..dan rabu ada plak artwork perlu disiapkan!!

Bila sampai ke rumah pengasuh.. mmg nampak sgt Daniyal cengkung boleh dikatakan mcm "org somalia" napas agak mencungap.. bila melihat daniyal...mmg umi meraung.. ok stop!! Jgn nangis!! Aku kene kuat!! apa lg bawak kereta selaju yg mungkin!! Hubungi Engku supaya blk awal settlekan kakak dan adik krn engku kerja di KL.. Uh.. dpt parkir mungkin 1.2km.. sekuat hati..sekuat yg mungkin umi mendukung berlari membawa Daniyal.. trdengar suara daniyal sayup2.. "mi..mi.." Menjerit umi minta pertolongan staff kaunter "tolong anak saya" terus Daniyal di tolak ke zon merah 'kritikal' uh..



Selepas 7 jam.. tekanan darah dan paru2 dh stabil barulah Daniyal dipindah ke wad. Dan engku la kene jaga Daniyal diwaktu mlm krn Delisa x brp sihat dan menyusu badan.



17 nov 2013
Engku mengomel.. bawa la Delisa g cek.. risau plak jd cam abang Daniyal.. so hari Ahad umi balik klang. Mmg di Klang ramai doktor2 pakar. Kebanyakannya 'xbos' atok di hospital membuka klinik sendiri. Dan Delisa perlu juga dibawa ke hospital juga kerana tekanan darah turun dan bisul di kepalanya semakin membesar dan banyak. Oh..perlu juga selesaikan seorang diri krn Engku jaga abg Daniyal di wad. Rujuk kecemasan serdang mmbawa bam2.. Oh..dugaan Allah bg ini sgt berat.. harapnya aku cekal!!

Delisa selesai menjalani pembedahan membuang 3 biji bisul dikepalanya.

Hari ke-3 Daniyal

Hari ke-2 Daniyal

Daniyal melawat Delisa lak.. (Daniyal hari ke-6)

Kesudahannya Daniyal & Delisa disatukan 1 wad ttp berlainan bilik. Daniyal perlu diasingkan krn kuman paru2 dan virus rota. Delisa perlu di "operate" bisulnya pd esoknya.. Hati umi dipujuk agar tenang.. ramai kawan2.. sedara mara memberi sokongan. Sll "wan" berpesan.. ada lg teruk dugaan Allah bg dr kita.. xperlu bersedih sentiasa berdoa kpd Allah.. ketika daniyal ditahan wad atok abah dan wan menjaga Dahlya

Hampir sebulan umi bercuti menjaga Delisa & Daniyal hingga sembuh.. dan sihat!!..terima kasih buat shbt, kenalan, saudara-mara dan mereka yg mendoakan kesihatan anak2 umi ini.. hanya Allah saja yg dpt membalasNya.

Penjagaan dan persekitaran rumah perlu dijaga dgn bersih. Stp hari balik dr kerja umi mengemop & menyapu stp hari. Selain itu doktor yg merawat Daniyal ada berkongsi tips :
1. Elakkan pemasangan permaidani, tikar yg memerangkap habuk,
3. Pastikan stp hari rumah disapu dan mop dengan bersih
3. Tidak membela binatang. Ini kerana hama binatang boleh pergi sejauh 9 meter!! Melalui angin..
Dan kanak-kanak 2 tahun kebawah tiada bulu hidung.. so habuk, hama pelbagai mende akan terus masuk kedlm paru2 mereka..
4. Perbanyakkan botol susu dan puting susu
5. Jgn beri susu yg dah sejuk
6. Selepas mandi dan suhu sejuk vikskan dada mereka depan & belakang