darmansyah

November 24, 2011

Raya Eidul Fitri di Kota Langsa

Seawal pagi Dahlya sudah bangun..pabila terdengar takbir di Masjid berhampiran di rumah Bunda Adik.
Dengan memakai Jubah yang dibelikan oleh Wan ketika Wan dan atok menunaikan Umrah yang lepas.

Kebetulan Raya Korban kali ini..sama tarikh lahir Abg Abil! dan Dahlya bersama sepupu-sepupunya meraikan bersama.
Ok siap....

comel tak kami..

Jom ziarah..





Bersama sepupu..






Hari Memegang di Langsa






Hari Memegang adalah hari sebelum Raya Korban dan Raya Eidul Fitri. Ini merupakan tradisi sambutan di wilayah Aceh bagi merayakan kedatangan perayaan terbesar umat Islam. Ketika menyambut hari raya korban yang lalu kami sekeluarga menyambut perayaan di kampung. Menyambut megang, kami sekeluarga bercadang ke pasar ikan dengan menaiki motor. Pasar Agak meriah di pasar..penjualan daging lembu laku sekali. tetapi agak mahal harga lembu disana sekilo Rupiah 100!! lebih kurang sekilo RM30!! huhuuu...

November 16, 2011

Bersama sepupu di kampung

Pabila Dahlya berjumpa dengan sepupu-sepupunya di kampung.. macam-macam karenah kami lihat. Dahlya senang berkawan dengan sesiapa akan tetapi selalu sahaja bergaduh dengan Nabil dan Ecah!! "berantam" saja kejenya.. mungkin hampir sebaya jadi tidak pandai beralah sesama mereka.




Jom jalan!!


Bersama kakak sepupunya




November 14, 2011

Beraya ke Medan

Raya Korban kali ini kami sekeluarga bercadang untuk balik ke Langsa, Medan Indonesia. Perkara yang sangat menarik ialah Dahlya dah besar dan tahu menyebut " aeroplane"  kerana sebelum2 ini Dahlya naik kapal terbang pasti akan tidur sebelum menaiki pesawat. 

Perjalanan dari LCCT ke Polonia Medan mengambil masa 45 minit. Dan Abg Nabil sepupu Dahlya sudahpon menunggu Dahlya di pintu keluar Polonia. 


















November 02, 2011

Vespa atok

Sudah lama kami sekeluarga tidak balik ke Selayang dan Klang.. Raya Haji ni kami bercadang untuk beraya di Medan. Jadi kami mengambil kesempatan hujung minggu lepas melawat atok dan andung di Selayang & wan dan atuk di Klang.

Atok Selayang memang berhati besar membaiki Vespa yang sangat-sangat uzur. Lantai motor sebelum ini kami lihat dah hampir reput..kadang-kadang kasihan kami melihat atok menghidupkan enjin motor. hehee.. Atok punya kereta.. tetapi mungkin die berkecil hati kerana selalu mendengar Dahlya suka dan sayang Atok Klang kerana sering bersiar-siar menaiki motor.

Dan sekarang lihat motor vespa atok!!! segak dan kukuh!!! apalagi ntah kemana la atok dan cucu bersiar-siar sejam lamanya..