darmansyah

August 03, 2011

Anugerah Allah

Pejam celik kita sudah 4 hari menunaikan ibadah puasa. Pada bulan puasa tahun ini Dahlya sudah menunjukkan erti nikmatnya berbuka puasa. Lihat azan di tv dan akan mengangkat doa ketika Engku membaca doa buka puas, kadang Dahlya tersasul kerana doa makan yg selalu diucapkan berbeza dengan doa berbuka puasa.

Gambar dibawah merupakan gambar terbaru Dahlya dirumah Wan. Wan ketika ini sibuk membersihkan rumah disebabkan kerja2 ubahsuai. Manakala Dahlya sedang menunggu kelahiran adik baru yang dijangkakan akan lahir pada tahun hadapan. InsyaAllah.













2 comments: