darmansyah

May 03, 2011

Atok Awen

Orang kata 'kalau dah jodoh tak kemana'. Ahad yang lalu sempena Hari Pekerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin Atok Alang ( Adik Wan) di Hotel Dorsett, Subang. Seawal jam 6.00 petang kami keluar rumah kerana takut jalan jem disebabkan hujan.

Sebelum maghrib kami dah sampai disekitar Subang. Oleh kerana terlalu awal sampai, kami tidak terus naik ke tempat yang dituju. Kami ke MacDonald untuk mengisi perut dan sholat Maghrib di salah sebuah masjid di area Subang Parade.

Selepas menunaikan sholat, kami bergegas ke Hotel tempat berlangsungnya majlis perkahwinan. Takut lewat kerana di kad jemputan tertulis 7.30 malam waktu kehadiran para jemputan. Alhamdulillah kami sampai sebelum ketibaan pengantin. Kami disediakan meja khas berwarna merah kerana kami wakil kepada keluarga pengantin lelaki. Sedih juga kerana Wan dan Atok tidak dapat hadir dimajlis besar ini kerana beliau menunaikan ibadah Umrah

Majlis persandingan ini diserikan dengan tayangan video slide Atok dan isteri di Langkawi dan menceritakan kisah percintaan beliau yang hanya kenal selama 9 hari sebelum kahwin. Selain itu, doa, nyanyian, silat, kompang berirama dan bermacam2 aktiviti yang ada pada majlis perkahwinan ini.

Untuk Atok Alang, selamat pengantin baru dari Dahlyatunnuha sekeluarga.



Di McDonald

Pak Usu berbaju melayu warna oren

Menunggu kehadiran pengantin

Keluarga besar

Pengantin yang ditunggu hadir dengan segak & bergaya

Tarian dari kumpulan kanak2

Bacaan do`a, Dahlya turun mengaminkan

Sempat berposing pening kepala

Lapar

Senyum kedua pengantin

Senyum kedua pengantin

Sempat mengambil gambar abang nih...

Dahlya dan 2 pupunya...

Sepupu Dahlya

Sepupu Dahlya

Potong kek diiringi anak Atok Alang

Ucapan restu dari Anak2 Atok Alang

Kak Umai bermain peluk2 dengan Dahlya

No comments:

Post a Comment