May 25, 2011
Ucu Balik!!
Wah seronok si bunga Dahlya bila nampak kelibat ucu di rumah Wan. Sampaikan makan,minum, pakai baju semuanya Ucu. Ucu ada belikan cenderahati buat kami sekeluarga.. cantik.. terima kasih ye!!
Dahlya sangat teruja 2 benda milik ucu .. spek mata Ucu dan I-phone 4 Pink ucu!! wah.. terkeluar mulut si Dahlya "HEBAT!!" gambar-gambar ini dirakam menggunakan I-phone 4 siap boleh edit lagi!! memang HEBAT!!
Bila lihat gambar Dahlya ni.. tak macam umur 2 tahun!! mcm umi sudah punya anak gadis!! Stylo beb!!
Labels:
handphone pink,
Iphone4,
ray-ban,
UK
May 03, 2011
Atok Awen
Orang kata 'kalau dah jodoh tak kemana'. Ahad yang lalu sempena Hari Pekerja kami sekeluarga pergi jemputan kahwin Atok Alang ( Adik Wan) di Hotel Dorsett, Subang. Seawal jam 6.00 petang kami keluar rumah kerana takut jalan jem disebabkan hujan.
Sebelum maghrib kami dah sampai disekitar Subang. Oleh kerana terlalu awal sampai, kami tidak terus naik ke tempat yang dituju. Kami ke MacDonald untuk mengisi perut dan sholat Maghrib di salah sebuah masjid di area Subang Parade.
Selepas menunaikan sholat, kami bergegas ke Hotel tempat berlangsungnya majlis perkahwinan. Takut lewat kerana di kad jemputan tertulis 7.30 malam waktu kehadiran para jemputan. Alhamdulillah kami sampai sebelum ketibaan pengantin. Kami disediakan meja khas berwarna merah kerana kami wakil kepada keluarga pengantin lelaki. Sedih juga kerana Wan dan Atok tidak dapat hadir dimajlis besar ini kerana beliau menunaikan ibadah Umrah
Majlis persandingan ini diserikan dengan tayangan video slide Atok dan isteri di Langkawi dan menceritakan kisah percintaan beliau yang hanya kenal selama 9 hari sebelum kahwin. Selain itu, doa, nyanyian, silat, kompang berirama dan bermacam2 aktiviti yang ada pada majlis perkahwinan ini.
Untuk Atok Alang, selamat pengantin baru dari Dahlyatunnuha sekeluarga.

Subscribe to:
Posts (Atom)