Setiap hari, beratus-ratus kali Umi memberi ciuman kepada Dahlya, tak jemu Umi memandang awak Dahlya.. dan tak pernah jemu Umi melayan karenah awak. Walaupun awak ligat, kuat nangis, buat lawak ataupun buat sepah Umi tetap sayang kat awak. Setiap hari umi mendoakan kamu 3 perkara iaitu 1.menjadi Insan yang berguna, 2.taat perintah Allah dan 3.melakukan kebaikan setiap manusia. Nak tau Dahlya kerana lahirnya kamu semakin sayang Umi kat Engku dan kamu. Kamulah anak yang paling tercomel dalam dunia manusia ini.
Dan Engku? Nak tau tak Dahlya... sifat engku berubah 100% setelah wujudnya kamu dan amatlah membanggakan Umi.. nak tau perbezaannya?? tak mungkin Umi nak bercerita di blog ini hihii.. tapi umi tahu Engku sangat sayangkan kamu.. macammana letihnya Engku, macammana mengantuknya Engku, macammana sibuknya Engku dgn Dahlya bisa saja!!
Jika meningkat remaja nanti Dahlya membaca coretan ini.. mungkin kamu marah sebab Umi atau Engku ada marahkan kamu ketika itu.. ini tak boleh.. itu tak boleh, marah kami bukan membenci kamu..ada sebabnya kerana kami ingin menjaga kamu dgn sebaik-baik yang mungkin..
Video ni dahlya ketika 23 bulan dan ianya lagu fav awk "baik-baik Sayang" (wali band)
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu
No comments:
Post a Comment