darmansyah

February 23, 2011

Baik-baik sayang



Setiap hari, beratus-ratus kali Umi memberi ciuman kepada Dahlya, tak jemu Umi memandang awak Dahlya.. dan tak pernah jemu Umi melayan karenah awak. Walaupun awak ligat, kuat nangis, buat lawak ataupun buat sepah Umi tetap sayang kat awak. Setiap hari umi mendoakan kamu 3 perkara iaitu 1.menjadi Insan yang berguna, 2.taat perintah Allah dan 3.melakukan kebaikan setiap manusia. Nak tau Dahlya kerana lahirnya kamu semakin sayang Umi kat Engku dan kamu. Kamulah anak yang paling tercomel dalam dunia manusia ini.

Dan Engku? Nak tau tak Dahlya... sifat engku berubah 100% setelah wujudnya kamu dan amatlah membanggakan Umi.. nak tau perbezaannya?? tak mungkin Umi nak bercerita di blog ini hihii.. tapi umi tahu Engku sangat sayangkan kamu.. macammana letihnya Engku, macammana mengantuknya Engku, macammana sibuknya Engku dgn Dahlya bisa saja!!


Jika meningkat remaja nanti Dahlya membaca coretan ini.. mungkin kamu marah sebab Umi atau Engku ada marahkan kamu ketika itu.. ini tak boleh.. itu tak boleh, marah kami bukan membenci kamu..ada sebabnya kerana kami ingin menjaga kamu dgn sebaik-baik yang mungkin..

Video ni dahlya ketika 23 bulan dan ianya lagu fav awk "baik-baik Sayang" (wali band)




Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu











February 08, 2011

Obses dengan Ucu

"piece!!"


"puas hati aku, tido pakai spek"


"akai..mimi.. akai..ucu..akai.."
Dahlya mempunyai 5 orang sepupu perempuan (Malaysia). Diantara kelima ini tolak si Wirdad (11bulan) tolak Madihah (15bln) Tinggal 3.. Kakak Alesya, Kakak Umai dan Kakak Sofea dan Dahlya tidak terkecuali obses dengan Ucu. Ucu suke pakai spek mata beso, mekap dan pakai belt.

Apa yang Ucu buat anak-anak ini akan meniru.. Yang sangat2 Obses adalah Dahlya.. sering mengikuti perkembangan fesyen..

February 07, 2011

Cuti Tahun Baru Cina

cucu atok ligat macam arnab


Percutian bersama Atok dan Wan sempena Ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-40.
Taiping tidak kurang hebatnya kerana ada Tasik Taiping dan Night Safari. Dalam usia Dahlya sekarang ini 22 bulan.. sangat ligat! penat kami menjaganya.




(gambar diatas ) Suasana di Night Safari.

Gambar dibawah gambar kami di Tasik Taiping. Kami hanya dapat jejak di Tasik Taiping 10 minit sahaja. Dahlya sangat2 lasak.. penat Umi dan Atok mengejarnya krn takut Dahlya terjun dlm tasik dan ke jalan raya.



February 01, 2011

cUTi raYa Ma!!




Cuti raya cina semakin tiba!! Umi dan Engku sedang mencongak hari untuk bercuti. Sepanjang kehidupan Dahlya sehingga kini cuti-cuti dalam Malaysia paling jauh Dahlya pergi Ipoh dan Genting!! hihii..Jadi cuba jauh sedikit memilih Taiping?? apa ada di Taiping?? Tunggu beritanya nanti.

Di kesempatan ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada sahabat2 yg berbangsa Tiong Hua semoga tahun ini mendapat banyak rezeki dan kehidupan yang baik dan kami tidak terkecuali mengharap seperti itu juga!!