darmansyah

December 02, 2009

Tindik raya

sebelum hari raya korban, Umi dan Andung membawa Dahlya pergi ke kedai emas untuk menindik telinga Dahlya, kerana sejak Dahlya dicukur rambut, ramai yang menegur Dahlya seperti lelaki. Jadi bagi mengelakkan gosip2 liar (heheehehe) Engku menyuruh kami menindik Dahlya. Umi memilih subang berwarna biru, cantik sekali Dahlya memakainya. Terima kasih buat Andung yang membayarnya.

Pada petang khamis selepas menunggu Engku pulang dari kerja, kami bertolak ke Klang untuk menyambut Raya Korban di Klang, raya kali ini giliran kampung Umi pula beraya di Klang. Dahlya boleh berjumpa sepupu-sepupunya yang sangat keletah Kak Alisya, Kak Umairah, Kak Sofea dan Adik Madihah yang baru berusia 2 minggu. Kak Alisya sangat teruja melihat subang Dahlya, banyak kali Alisya memujuk mamanya untuk tindik. Umairah memang dh lama bertindik, memang cantik pabila anak gadis bertindik.



1 comment: