darmansyah

September 22, 2009

sedih


Maaf, masih blom upload gambar2 raya edisi 2009! sbbnye Umi lupe bawak card reader la.

Sebenarnye Umi agak sedih tahun ini. Sebabnye Raya pertama Mak angkat umi, Ust.Fatimah telah meninggal dunia pada hari raya Pertama kemalangan jalan raya. Arwah menumpang anak saudaranya menaiki kereta menuju ke Taiping, kampung arwah. Meninggal di tempat kejadian gak. Yang dikesali Umi sbb tak dpt melawat jenazah kerana pihak keluarganya bgtau jenazahnya akan ditanam di Taiping tidak di Port Klang. Sedih Umi dan Wan.


Wan agak terkejut sbbnya esoknya sebelum beliau meninggal, Wan sempat menelefon arwah, dan sempat lg arwah mengucapkan terima kasih kerana menelefonnya. Wan mmg rapat dengan ust.fatimah, sbbnya ust Fatimah x mempunyai kenderaan, jadi wan lah selalu membawanya kemana2. Dan arwah ini belum berkawin shingga pencen.


Semasa kenduri Aqiqah Dahlyatunnuha yg lepas, Arwah sempat memegang dan membaca selawat kepala dahlya. Dan memuji Dahlya. Umi mmg suka menyakat arwah dan mmg menganggap arwah ini sebahagian dr keluarga kami.


Al-fatihah buat Ust. Fatimah.

No comments:

Post a Comment