darmansyah

July 28, 2009

Dahlya bertukar menjadi Sailormoon!!

Dahlya Mata bulat

Baju kelasi ini di hadiahkan dari Abg Nabil!! Sempat tersenyum bila berposing dengan baju baru

Pada hari sabtu yang lepas Dahlya sekeluarga balik kampung di Pelabuhan Klang, sesuai dengan tema baju yang Dahlya pakai ini.. Kelasi kapal!! hihihiii.. Balik kampung atas urusan urut engku yang baru lepas kemalangan kecil dan Dahlya yang tangannya terpengkau dibuat oleh umi sendiri :( Kesian Dahlya dapat umi yang ganas sekali. Sekuat hati Dahlya menangis apabila di urut oleh tukang urut yg pro itu.. huhuhuu..

Gambar kenangan kami ketika menolong Engku untuk setup studio bagi Konvo di KUIS
http://darmansyah.com/blog/


Baju ini, hadiah dari Uncle Mat buat Umi! siap tempah lagi taw..

Gambar di dalam bingkai takda gambar Dahlya lah.. sebab itu gambar Umi ketika muda belia..huhuu.

Petang ahad plak, kami sekeluarga ada perjumpaan dengan gang-gang Umi. Yg terdiri dari Ucu, Uncle Mat, Acik Zul dan Waq Nan (die tak dtg) Kami merayakan Hari Persahabatan. Setiap gang perlu membeli 5 hadiah untuk di beri kapada sahabat masing-masing. Dahlya tidak terkecuali!!! Dahlya bagi hadiah kat sahabat-sahabatnya Mug Itik!!! comel2... Mereka pun ade bagi gak hadiah kat Dahlya.. sgt comeeeeell sekali!!!
Setiap seorang dapat mug itik, hadiah dari Dahlya


Baju CUTE Untuk Dahlya!! di hadiahkan dari Acik Ezul.


Topi ni plak buat Dahlya, tapi kan ucu tunggu Dahlya setahun baru boleh muat la ucu!


Gugu dan puting baru dari Umi untuk sibunga hati.


Daky!! uncle Mat belikan untuk Dahlya!!


Alangkah bahagianya Si Dahlya dapat tidur bersama Itik-itiknya!


July 24, 2009

Dahlya dengan kawan-kawanya..


Dahlya...dahlya.... Sekarang Dahlya sudah bertambah kawannya.. mickey dan Minnie mouse. Gambar pasangan Mickey di bantal berwarna pink.. Dahlya tak peluk bantal tu tp die bercakap dan gelak je. Tetapi bantal dan itik kenalah bawa kemana-mana. Sahabat sejati Dahlya la katakan.





Nampak saja Itik tersenyum-senyum dan menjerit-jerit kesukaan. Apa itik tu cakap ngan Dahlya ek?? Itik gembo-gembo..

Dahlya sudah sihat .. cuma selsema masih ada lagi. Sekarang umi cuba Homopathy plak untuk menyembuh selsema yang sudah lama sejak Dahlya berusia 2 minggu lagi.

Pic kureng bagus sbb umi shoot pakai henpon sonny Z610i jek

July 21, 2009

Kak Umai VS Dahlya





Siapa yg paling Vogue?, Kak Umai mmg takleh nampak kacamata hitam Ucu.. habis di cubanya, tgk ni!! Dahlya pon pakai kacamata hitam!! Untuk pengetahuan semua.. Anak buah umi ade 3 org + Dahlya jadi 4 orang la cucu Atuk dan Wan.. kesemuanya perempuan!!! hahaaaa.. semuanya pandai bergaya terutama kak Alisya dan kak Umai.. habis lipstik dan barang make up Ucu di kerjakan oleh mereka berdua.. Tunggu la Sofea dan Dahlya besar .. hahhaaa...

23 Julai genap Dahlya 4 bulan.. sudah 2 hari Dahlya demam. Dahlya tak pernah demam sebelum ini. Sian tgk Dahlya asyik tidur sahaja. Tapikan Dahlya kuat cam Engku, tak merengek bila demam.. senyap dan cool!!!

July 12, 2009

Umi!!!! tgk Dahlya Umi!!

Umi!! tgk saya ni..

hahahhaa.. mungkin itu yang Dahlya cakap kot?? Pada ptg Jumaat umi sibuk masak menyediakan hidangan malam untuk Engku. Tetiba Dahlya menjerit kesukaan sambil gelak-gelak... sambil jerit "..Mi!!..Mi.. " hm.. ape Dahlya buat ye.. bisik hati umi.

Jadi umi pon ke ruang tamu... laaaaaaaaaaaaaaaa!!! Dahlya dah telangkup!! (meniarap) sambil pandang umi dia tersenyum-senyum. hmm.. tak leh jadini.. Dahlya baru 3 bulan. Jadi umi baringkan balik Dahlya dan intai.. kot..kot die cube lg untuk meniarap..

Dahlya sedang bercakap dengan itiknya

Dahlya mule-mule mengereng-ngerengkan badannya kekiri kanan dan mengangkat kepalanya. Beberapa kali dia mencube untuk menebalikkan dirinya tapi gagal.. terantuk kat simen pon ade gak.. umi perhatikan sahaja .. bagaimana Dahlya melakukan aksi tersebut... dan akhirnya... Dahlya berjaya meniarapkan dirinya!!!! Esoknya sabtu.. umi dan engku ade dirumah.. apalagi Dahlya menunjukkan aksinya... pantang terjaga dari tidur!!.. 5..6 kali dia meniarap!!

Pose buat wan dan atok!

* muka Dahlya dah kembali bersih semula dr jerawat-jerawat yg mencomotkannya hanye menggunakan secolet krim

July 06, 2009

Dahlya bersama dengan Itik-itiknya

sian.. Dahlya, mukanya beruam.. tgk tu..sangat-sangat comot muke die

Setiap petang Umi akan mengambil Dahlya di umah 'Mak Dahlya'. Setiap kali sampai dirumah pasti Dahlya memandang ke dinding dan akan tersenyum dengan tersipu-sipu malu. Pada mulanya Umi tidak perasan.. apabila masuk hari ketiga.. "oooOO.. Dahlya dah ada kawan rupenye!!!" Kawan dahlya adalah bekas baju Dahlya berbentuk muka Itik. Hari2 Dahlya bercakap dan tergelak dengan Itik tu.. Lucu rasanya.. itik tu mana ada tindak balas.. tapi dia akan tersenyum dan menjerit kepada itik tu.

Inilah kawan Dahlya!! Bapak itik.

Jadi Umi dan Ucu pergi mencari anak patung itik di pasar malam. Ada 3ekor anak itik dan seekor mak itik. Seekor anak itik umi letak di rumah 'Mak Dahlya' 2 ekor anak itik di rumah dan mak itik dalam kereta. Dan hari-hari umi dan engku melihat Dahlya tersenyum sambil memegang itik-itik itu.
Yang ini anak itik plak. Apabila Dahlya geram dia akan picit-picit anak itik ni..

Dahlya..dahlya... banyak mainan dirumah.. itik juga yang dia berkenan. Gang DIGI rupanya.

* baju Dahlya kali ini di sponser oleh Uncle Mat.