darmansyah

March 21, 2014

Dahlya 5 tahun

Dahlya sudah 5 tahun. Buah hati engku & umi, pengikat hubungan kami.. semoga Dahlya menjadi insan yg Solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.

Pada mulanya nak buat kek aiskrim sekali tgk dok kira2.. x cukup coklat kitkat utk menjadi kubu aiskrimnya... erm.. nmpknye sok kene cari kekla... harap  ada yg ok. Esok pg Teacher balas msg umi.. time break1 jam 10pg..okla kalo nak bwk kek.. erk.. kedai kek salsabilah mujur dah bukak jam 9.50pg.

Lucu dah la lewat dan duit x cukup.. booking la dahulu dgn deposit.. jam 10.15 pg umi sampai ke sekolah membawa kek.
Umi agak miss sbb x amik video ketika rakan2 Dahlya menyanyikan lagu ulangtahun... berkaca matanya.. mungkin terharu.. nampak Dahlya dah dewasa.. mengerti perasaan..





Gambar dibawah kakak nak sama2 tiup kek ngan adik. Hari jadi adik Daniyal dah lps 14 Mac.. engku masih x bg pic majlis Daniyal kt umi... ;p



 :)

March 13, 2014

Rombongan Sekolah ke Muzium Cokelat

Buat pertama kalinya Dahlya mengikuti rombongan sambil belajar ke Muzium Cokelat di Damansara. 12 Mac 2013 Dahlya bersama rakan-rakan sekolah menaiki bas dari jam 9pg-3 ptg.

Bila balik Umi tanye "seronok kakak?" Seronok!! Bas tu ada tv besar cerita upin-ipin dan bo2boy, aircond pon sejuk" hilang cerita pergi lihat cokelatkan.... budak ..budak...



March 02, 2014

menengok Doraemon

Sabtu 1 mac 2014, Ucu membawa Dahlya, Kak Umai dan Madihah ke pameran Doraemon. Sudah lama Dahlya x berjalan2 so kebetulan ucu free waktu dptla mereka pergi. Bile ditanya Dahlya seronok kakak pergi?? Senyum melebar jawapannya.

Tq ucu & pakusu bnyk amik pic
Bermacam2 gaya dioang ni..tq krn melayan kerenah budak ber3 ni ...umi jeleess xdpt joint....

Umi harap Dahlya seronok dgn hadiah ini..



















January 22, 2014

istimewanya anak2 ini..

Setiap anak yang dilahirkan pelbagai ragam dan gelagat. Dahlyatunnuha dengan gelagat mulutnya yg petah. Smlm tangan umi kene pisau..luka.. Dahlya melihat tangan umi berdarah bertanya macam2.. dan ayat paling akhir die kata.. "itulah.. tadi kita nak minta maaf kt umi..umi sombong..kan Allah marah.." dush... sedebik umi kene...




Daniyal paling lucu..sgt2 lucu.. engku yg susah nk gelak pasti tak menahan kelucuannya.. jika kakak marah membebel.. dia akan mengajuk dan die siap ejek kakaknya. Daniyal sgt rajin, kalo disuruh ambil barang atau kemas mainan lekas die membuatnya. Jika terlihat Delisa makan atau menghisap mainan lekas2 dia ambil dan berkata "icaaah!!!... no...no.." comel sgt...




Delisa yg bam2.. selalu membuat engkunya 'melting'.. balik dr kerja tgk Delisa.. buat engkunya kecairan.. bila balik dr kerja anak2 ini berebut utk didukung. Gelagat mereka ini membuat umi tersenyum.. Allah kurniakan cahayamata yg membuatkan hidup ini lebih bermakna..