darmansyah

March 13, 2014

Rombongan Sekolah ke Muzium Cokelat

Buat pertama kalinya Dahlya mengikuti rombongan sambil belajar ke Muzium Cokelat di Damansara. 12 Mac 2013 Dahlya bersama rakan-rakan sekolah menaiki bas dari jam 9pg-3 ptg.

Bila balik Umi tanye "seronok kakak?" Seronok!! Bas tu ada tv besar cerita upin-ipin dan bo2boy, aircond pon sejuk" hilang cerita pergi lihat cokelatkan.... budak ..budak...



March 02, 2014

menengok Doraemon

Sabtu 1 mac 2014, Ucu membawa Dahlya, Kak Umai dan Madihah ke pameran Doraemon. Sudah lama Dahlya x berjalan2 so kebetulan ucu free waktu dptla mereka pergi. Bile ditanya Dahlya seronok kakak pergi?? Senyum melebar jawapannya.

Tq ucu & pakusu bnyk amik pic
Bermacam2 gaya dioang ni..tq krn melayan kerenah budak ber3 ni ...umi jeleess xdpt joint....

Umi harap Dahlya seronok dgn hadiah ini..



















January 22, 2014

istimewanya anak2 ini..

Setiap anak yang dilahirkan pelbagai ragam dan gelagat. Dahlyatunnuha dengan gelagat mulutnya yg petah. Smlm tangan umi kene pisau..luka.. Dahlya melihat tangan umi berdarah bertanya macam2.. dan ayat paling akhir die kata.. "itulah.. tadi kita nak minta maaf kt umi..umi sombong..kan Allah marah.." dush... sedebik umi kene...




Daniyal paling lucu..sgt2 lucu.. engku yg susah nk gelak pasti tak menahan kelucuannya.. jika kakak marah membebel.. dia akan mengajuk dan die siap ejek kakaknya. Daniyal sgt rajin, kalo disuruh ambil barang atau kemas mainan lekas die membuatnya. Jika terlihat Delisa makan atau menghisap mainan lekas2 dia ambil dan berkata "icaaah!!!... no...no.." comel sgt...




Delisa yg bam2.. selalu membuat engkunya 'melting'.. balik dr kerja tgk Delisa.. buat engkunya kecairan.. bila balik dr kerja anak2 ini berebut utk didukung. Gelagat mereka ini membuat umi tersenyum.. Allah kurniakan cahayamata yg membuatkan hidup ini lebih bermakna..










January 02, 2014

pra sekolah 2014

Bermula semula sekolah taska 2014. Masih memilih taska yg sama Al-Fatih Integrated Preschool. Bagi Dahlya bermula sekolah adalah bermula belajar. 

"Kakak tak lelah pejam matalaah umi" sehingga jam 3.30pg baru Dahlya tidur..erm..xtahu kenapa.. teruja agaknya. Udahnya umi yg sakit kepala gara2 anak2 2D ni kerap bangun. Umi x tidur sehingga jam 5pg.. ish.. 

Bangun pagi harini mudah kejutkan Dahlya.. seronok bukan kepalang. Engku suka anak2nya kemas walaupun sekolah Dahlya masuk kelas buka kasut tapi pastikan kakinya berstokin dan berkasut. Engku tak suka anaknya berselipar ke sekolah.."selekeh!!" Katanya. 

Dahlya akan memasuki angka 5 tahun. Semoga die semakin bijak dan taat. Semoga menjadi insan berguna kakak!!