darmansyah

September 28, 2012

Aktiviti Harian

Bila sudah besar perkembangan Dahlya perlulah diisi dengan sebaik-baiknya. Tidak perlu la mengajar Dahlya menonoton cd dan sekarang Umi perlu mengajar Dahlya secara manual tiada alam maya lagi ye.

Sekarang Dahlya sudah menghafal Surah Al-Fatihah Dan Al-Ikhlas. Yang lain agak susah sedikit kerana pelat dan agak susah sedikit untk menyebutnya. hehee..

Untuk Matematik Dahlya sudah pandai mengira jumlah benda. Nak dikira memang payah mengajar anak sendiri dari mengajar anak org lain (ketika Umi menjadi guru tadika) sebab ada anginnya. Dan perlu kesabaran hehee




Tengok Daniyal sekarang!! comel kan!!



September 04, 2012

Sambutan Hari Raya 2012


Tahun ni kami sudah berempat!!! Daniyal sudah 5 bulan dan Dahlya umurnya 3 tahun. Tahun ini Engku memilih tema Biru tetapi sayangnya Daniyal yg ganjil. Tidak sempat Umi mencari baju melayu size bayi berwarna Biru untuk Daniyal. Apa lagi tonton sahaja gambar-gambar kami!! 



Atok, Wan dan cucu-cucunya


Umi dan Ucu bersama gadis-gadis


 Menunggu kedatangan Tetamu


Bergambar bersama Wan


Daniyal bermain dengan "Pakcik" Uqasha



Sahabat baik Madihah dan Dahlya



Bakar Kambing!! rumah Pak Uda



Acara memotong kek "gang-gang yg lahir Ogos" terima kasih 
tuan rumah yang merelakan bau asap bbq..

August 13, 2012

Jemputan dari Ust Don

Walau Ust Don Daniyal tidak mengenakan jubah.. dr jauh @ dari pandangan belakang @ Ust Don menunggang motor kapcainya pasti Dahlya akan cam dan kenal..pastinya Dahlya akan menjerit "Umi!! Ust Donk!! betapa hebatnya aura Ustaz Don kepda anak ligat ini.



Habis dinding Gelungsur di rumah didiconteng oleh Dahlya kerana dia cuba meniru Ustaz Don ketika mengajar dalam TV al-Hijrah.





Jumaat 10 Ogos 2012, Umi sedang mengambil surat-surat dalam peti pos KUIS terserempak Ustaz Don. Ustaz Don memanggil Umi dan memberi Kad Jemputannya... Wah!! alangkah bertuahnya Umi... khas siap tulis tangan lagi.. harap Umi sekeluarga dapat pergi Walima Ustaz Don ni yang akan berlangsung 1 September 2012. Boleh la Daniyal berjumpa Ust Don Daniyal ;')



Tulisan tangan Ustaz Don....

July 24, 2012

Dahlya Akal yang Nakal

Setiap waktu  ada sahaja suara nyaring Umi menjerit "dahlya!!! jgn!!!" ish.. tak sudah-sudah gelagat nakal yang menjengkelkan..geram pon ada tetapi itulah anak-anak. Minda atau akalnya semakin berkembang dengan jayanya!! hahahaa.. Pabila kita menjerit pasti dia akan gelak sinis sambil mengejek "Umi takot.." 


Dahlya memang sangat-sangat ligat. Berhenti ligatnya hanya minum susu dan tidur, kadang-kadang kami fikir "apa yang rasa ya ketika umur begini??"  Dahlya suka mencuba dan dia sangat kretif mencipta permainannya sendiri. Dahlya hebat juga memujuk adiknya pabila mendengar Daniyal menangis.. tak sampai 1 minit pasti suara gelak Daniyal kedengaran.. 



Stroller adik jadi bahan mainannya "kereta racing"




Pakis lantai habis dijadikan mainannya sebelum tidur. 




Muka kami samakan?? 




Ini lagila sama..