darmansyah

October 05, 2011

Santai di Hujung Minggu


aksi comel konon


Sabtu dan Ahad lepas kami sekeluarga memilih rumah adalah destinasi percutian kami.. ;p mengemas rumah dan sarapan bersama-sama. Seronok rasanya bila bercuti dan berehat di rumah sendiri. Dahlya suka bersarapan Mihun Goreng dan Roti Canai.. Kalo mihun goreng boleh la Umi masaknya.. roti canai.. pilihan mamak je laa...






Video ketika makan roti canai 




Hobi terkini Dahlya adalah mengambil gambar.. habis ketiak, kaki, hidung orang di tembak nya.. bila di belek2 data dari kemera..hanya 2 keping gambar sahaja yang boleh Umi letak kat blog awak ni  Cik Dahlya.. ok tak gambar yang dishoot oleh Dahlya ni??


2 pic credit by - Dahlya


Selain itu Dahlya suka juga bergaya di hadapan kemera.. dan bersolek!! Kami sibuk mengemas rumah.. dalam diam-diam die selongkar tas tangan Umi terjumpa lipstik!! apa lagi.. diconteng bibirnya..mungkin Dahlya ingat lipstik yang dipakainya membuatkan dia comel??



seksi tak?? 

September 28, 2011

Atok Aween!






atok uda ni.. naik geram ngan sikecik ni.. tak mo ngan org.. 

24 Oktober Umi, Dahlya bersama , pak ucu, atok dan wan pergi menghantar bapa saudara umi atau dipanggil Dahlya "atok" di Batu Pahat. Pasangan pengantin itu selamat di ijabkabulkan mlm harinya. Kesemua saudara-mara dari pihak kami menaiki bas, cuma keluarga kami sahaja x dapat joint, kerana kami bercadang beraya di rumah adik atok di Pontian.

September 27, 2011

proses ingin tahu dan cuba meniru

"Dahlya!!! nak kene pok ek??" "Dahlya.....plz don't do it" "Jangan Dahlya" itu la ayat yang selalu digunakan sekarang ini. Kadang-kadang buat Engku dan Umi geram tapi bila difikirkan kembali Si bunga ini nak tahu dan cuba meniru apa yang kita hari lakukan.

Ada sahaja akal dan mcm2 ragam di buatnya, pening dibuatnya. Sekarang baby dalam perut umi menjangkau 3 bulan.. bila petang sahaja mula lah umi berasa mual, sakit kepala.. kadang terpaksa menahan sabar melihat gelagat si Dahlya.... Kanak-kanak minta perhatian....




Disini Umi sempat upload gambar.. gaya Dahlya sekarang yang suke menyilang kaki ketika bergambar.. hohoo...

September 22, 2011

Aksi Model Cilik

Semakin hari semakin sayang melihat si bunga Umi ni.. ada sahaja gelagat yang mecuit hati. Betul kata orang..nak syok main, layan ketika kanak-kanak 2 tahun... Manja sangat dengan Engkunya, semalam membodek Engkunye.."Engku...kelet...." "Engku....dokong" "Engku.... nak oork (berak)" ...

Bila melihat gambar-gambar dibawah ini.. ramai yg tak tau umur Dahlya baru sahaja 2 tahun 6 Bulan. Suka membuat aksi di hadapan kamera.



mmmmmm.....



oooooooo....



bosan.....




cheeesee.....




show ur silly face.....




xcited.....




konon comel....


 Gambar mana yang anda rasa suke????