Hari Sabtu yang lalu kami sekeluarga ke majlis perkahwinan anak rakan sekerja Engku di Jinjang. Dahlya dipakai baju berwarna merah dengan cekak warna merah jambu.
Seawal pagi Umi sudah menyiapkan pakaian Dahlya, nampak seronok Dahlya nak berjalan.
Balik dari rumah orang kahwin kami sekeluarga ke Selayang, tidur di rumah Atok dan Andung semalam kerana sudah dekat antara Jinjang dan Selayang.
May 31, 2009
Dahlya & Dahlia
Labels:
dahlia,
jinjang,
kepong,
Majlis kahwin,
majlis persandingan,
selayang
May 27, 2009
Ulang Tahun perkahwinan
Tiada kata yang boleh diucapkan hanya berterima kasih kepada Allah yang maha kuasa kerana limpah dan kurniaNYA usia perkahwinan kami sudah menjangkau 2 tahun. Mungkin baru kepada pasangan suami isteri yang sudah berkahwin 20-30 tahun yang lalu. Cabaran demi cabaran kami hadapi bersama. Tahun pertama perkahwinan kami, umi dikatakan keguguran pada usia kandungan 5 bulan tetapi kini kami dianugerahkan olehNYA seorang puteri yang comel.
Hari ini 26 Mei, bersamaan dengan tarikh nikah kami 2 tahun yang lalu. Umi sudah mula bekerja setelah cuti bersalin selama 2 bulan dan sekarang Dahlya telah dijaga oleh penjaga, Kak Kamsiah namanya. Terasa sedih apabila meninggalkan Dahlya di rumah orang penjaga pada hari pertama. Macam2 bermain dalam fikiran, ada takut tidak diberi susu, takut didera dan macam2 lagi tp apakan daya gaji seorang ketua keluarga belum mencukupi untuk menanggung kami sekeluarga. Alhamdulillah Umi masih sudi membantu. Kami berdoa supaya Dahlya sihat dan tidak ada perkara2 yang tidak elok yang akan berlaku ketika Dahlya dalam jagaan penjaganya. Kami berharap, penjaganya memberi kasih sayang beliau sama seperti menganggap Dahlya seperti anak kandung beliau sendiri.
Semalam Engku cuti separuh hari bekerja dan membersihkan rumah yang sudah tinggi berhabuk dan mop lantai yg sudah melekat ketika berjalan. Petangnya mengambil Dahlya dirumah penjaganya. Ketika itu, Umi baru sampai dan kami bergegas ke pasar malam bersama Dahlya. Sampai di rumah kami memasak sama2 dan menyiapkan kerja rumah sama2 disamping Dahlya melayan mata mengantuknya.
Tiada hadiah dihari ulangtahun kali ini, bagi saya hadiah yang paling baik hanyalah BAHAGIA mempunyai keluarga yang sederhana hidupnya. Tidak jutawan dan tidak juga kekurangan makanan. Alhamdulillah...
Labels:
anak,
bahagia,
kasih keluarga,
ulangtahun perkahwinan
May 24, 2009
24 Mei 2009





Hujung minggu yang lepas engku dan umi kerjakan dahlya!!! lihat la hasilnya atas bakul rotan pon jadi!
Jumaat yg lepas, cukup dahlya berumur 2bln. Semakin panjang akalnya....tidur mau sendiri tidur.. penat la umi atau engku tepok, dodoi, nyanyi.. dahlya akan tahan mata dan bercakap sorang2 smpai ke pagi.. jadi kami berdua biarkan sahaja dahlya tidur dengan sendirinya.
Isnin ini dahlya akan di jaga oleh mak baru (Penjaga bayi) kerana umi akan mula bekerja, harap-harap dahlya tak meragam. Tapi jujur katakan, menjaga dahlya tak serumit mana, alhamdullilah senang sangat uruskan dia.
May 23, 2009
Majlis kenduri A`qiqah
Subscribe to:
Posts (Atom)










