darmansyah

November 26, 2010

Dari Brainy Bright

Umi pengumpul koleksi cd Brainy Bright, Brainy Bright banyak membantu Dahlya mengunakan dengan sepenuhnya otak kiri dan kanan. Antara koleksi yang ada Brainy Left, Brainy Right, Peek Boo, Music, ABC, 123, Color, Animal,Shapes dan English. Dahlya tau bunyi binatang, boleh menghafal dari A-Z, 1-10 dan banyak lagi!!

Semakin teruja kami melihat kecekapan Dahlya. Kami sangat berharap sudah besar nanti Dahlya masuk Universiti!! Amin..

Gambar-gambar di bawah adalah Poker Face bnyak muke Dahlya dah pandai, bile umi sebut SAD!! muke dan suara dahlya jadi SAD.... sgt cerdik!


sad

silly


happy


excited

November 25, 2010

selamat ulang tahun buat Engku kami!

kami!! kesayangan engku


Harini genap umur Engku ke 33!! sempat umi dan Dahlya mengucup Engku sedang tidur jam 12 tgh malam. Semoga Engku sukses dan memperolehi keberkatan dariNYa.

Engku seorang yg amat susah di fahami. Tetapi Engku seorang yang sgt bertanggungjawab dan penyayang. Semenjak Dahlya dilahirkan banyak sikap Engku berubah .. dah banyak kali umi tengok Engku tergelak/ ketawa!! melihat gelagat Dahlya yang lucu.

Engku.. Dahlya dan Umi sangat sayangggggg.. dengan kamu!! Semoga kasih syg kami bertiga berkekalan dan bahagia di Baitunnuha.

mangsa fesyen!! Umi mmg suke watak chun li..Abugen..abugen..

November 23, 2010

MAK ANDAM DAHLYA



semue peralatan makeup dahlya tau.. kegunaan berus blusher.. berus pembayang mata dan celak!! haha... so funny!!

Doa Selamat di Baitunnuha

maceh semue!!


Engku kepingin anak kembar ye?



masa untuk makan! antara tetamu dr surau yg hadir



Baby sitter sedang memberi makan bubur kpd anak2 gadisnye

20hb Nov 2010, kami sekeluarga membuat kenduri doa selamat di Baitunnuha. Apa yang dirancang selama ini menjadi kenyataan. Sudah lama kami mengimpikan untuk menjamu jiran-jiran dan sahabat2 kami di Baitunnuha. 

Makanan yang disediakan tentulah nasi putih berlauk Ayam rempah (acik aris masak), Kuah lemak cili padi daging, sayur campur, Ulam pucuk paku (acik shida masak) dan Wan membuat Bubur jagung yg sgt enak. Umi hanya buat sambal belacan dan Air Bandung Tarik!! memang menepati selera tetamu kami semua.

Terima kasih kpd semua tetamu yang hadir. Atok dan Maklong Dahlya yg rajin menolong kami. Shukran!! ops.. umi lupe nak amik gambar dr awal hingga akhir.. tetamu ramai ooo