darmansyah

May 30, 2013

kelahiran yg dinanti..

Sabtu, 19 Mei 2013. Jam 5.44 pg Delisa akhirnya keluar dari perut umi dengan vakum!! huhu.. kalo diingatkan kembali mmg ngeri saat melahirkan Delisa. Umi bersalin dalam bilik pembedahan (o.t) yg sepatutnya ceaser ttp umi dah tak leh menahan kesakitan seperti ular pon ada...tergeliat2.. krn kepala baby dah keluar!!

Walaupon agak payah ketika bersalin ttp alhamdulillah Delisa sihat dan selamat...

Kakak Dahlya sangat teruja pabila tau bayi perempuan. Dia sgt seronok "kita ada baby boy dan baby girl!! ada 2 baby!!" Nama Delisa sering terucap oleh kakak Dahlya ketika umi mengandung lagi!!

May 10, 2013

menunggu kedatangan orang baru

Haish... tak sabar Umi rasanya menunggu kelahiran yang ke-3 ini. 8 Bulan boleh sabar menanti ttp seminggu lagi nak bersalin tak sanggup rasanya..

Didalam kotak fikiran Umi berteka-teki bersalin Normal atau Caesar?? huh... Walaupun pernah merasa kontraksi yang menyakitkan tetapi Umi boleh lakukan!!

Jika teringat kelahiran Dahlya & Daniyal sangat berbeza.. jom baca rentetan kelahiran kesayangan Umi ini..


Dahlyatunnuha


Dahlya ketika berumur 8 jam.. 

18 Mac 2009 - Umi baru lepas makan tengahari di rumah Wan, selesai solat Zohor tetiba banyak Air keluar dari bawah, kebetulan Wan dan Atok ada dirumah..Wan terus menghantar Umi ke Hospital dan menelefon Engku di tempat kerja. Kebetulan Engku baru sahaja cuti dari Medan kerana Ayah Engku (atok) telah pergi ke Rahmatullah akibat kemalangan motor.

19 Mac 2009 - Hanya air sahaja keluar akan tetapi kontraksi tiada lagi...

20 Mac 2009 -  Pada jam 6 petang Umi perlu mengeluarkan bayi!! haha... Jururawat telah memasukkan air bagi memaksa Dahlya keluar.. Aduh sakitnya Tuhan sahaja yang tahu.. Dari jam 7petang sehingga 3 pagi..masih sakit tetapi pintu rahim tak terbuka lagi hanya 2 cm sahaja..

21 Mac 2009 - Doktor memberitahu Engku bahawa Umi perlu di bedah!!! Setelah dibawa ke bilik pembedahan, Umi dibius dan dibedah secara sedar. Terasalah kulit perut Umi di potong dengan pisau dan ketika mengeluarkan bayi dipam-pamnya bayi itu keluar!! Bila kuar nya Dahlya "haiyak!! putihnya mcm Jopun!!"

Akibat Caesar Umi ditahan wad selama 3 hari, dan pulih selama 2 minggu.. lepas tu dah ok!!



Daniyal Luthfi


Daniyal ketika umurnya 1 jam!! 

13 Mac 2012 - Jam 9 pagi, Engku membawa Umi ke JPN utk mengambil IC yang baru dibuat kelmarin, di Putrajaya. Di Baitunnuha ada Atok dan Wan sedang masak utk tengahari. Pada haritu ada anak-anak Pakngah Alisya dan Sofea bermain bersama Dahlya.. waktu petang kami bermain2 bersama-sama diluar.. Jam 10mlm nak masuk tidur.. Badan Umi berpeluh-peluh dengan banyaknya.. Terasa nak buang air besar ttp tak mau.. rase memulas sekejap dlm jarak 30minit ke 30 minit. Mujur ada Wan, wan kata tu la tanda nak bersalin.. pergi la bersiap ke hospital. Engku menghantar Umi ke Hospital Serdang dlm jam 11 mlm. Setelah selesai masuk wad.. Umi x dpt lelapkan mata kerana kontraksi datang semakin kerap sehingga ke pagi!! Sakitnya Ya Allah.. makan x terusik.. x mandi.. jam 12 tghari Doktor cek sudah buka 4cm.

Jam 6 petang Umi telah dibawa Dewan bersalin..ketika itu kontraksi semakin kuat!!! mujur Engku ada disisi.. Tangan Engku jadi bahan Umi untuk menahan sakit!! hahaa.. bila datang sakit Umi pulas-pulas tangan Engku..hahaha.. 5-6 x Doktor datang cek utk bukaan pintu.. adoi... ttp gerakan jantung anak semakin merundum. Jam 9 mlm Engku terpaksa keluar bilik atas arahan Doktor kerana Daniyal akan di Vacum kerana jantungnya semakin lemah. Jam 9.53 mlm, Bayi lelaki keluar.. sangat comot!! hahaa... Doktor mengeluarkan darah dari rahim dan menjahit yang terkoyak di pintu faraj sangat menyakitkan!! Mujur diletakkan Daniyal di sebelah Umi.. walaupon menyakitkan Umi tetap menahan!!..

Untuk baik luka mengambil masa yang lama utk baik hampir 2 bulan jugalah Umi menanggung kesakitan :( sabor je.. kan..