darmansyah

November 21, 2012

Percutian ke Universal Studio Singapura

03 November 2012.
Percutian kali ini sudah dirancang hampir sebulan yang lalu, membawa kakak Engku sekeluarga yang datang dari Aceh untuk membawa anak2 beliau cuti sekolah. Universal Studio destinasi kami, walaupun Engku tidak berminat untuk ke Singapura, atas kemahuan membawa anak2 bercuti kami pergi juga akhirnya menjejak kaki ke bumi Temasik hanya untuk melawat Universal Studio.

Malam sebelum ke Singapura, kami menginap di hotel kendalian pihak Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Atas pertolongan rakan Engku yang juga staff di sana kami mendapat harga staf yang sangat berbaloi. RM130.00 semalam untuk apartment 2 bilik siap dengan kelengkapan sofa, aircond, tv. Di bawah apartment, terdapat kantin yang menyediakan makanan yg perpatutan harganya.

Sayangnya setiba kami di Universal Studio Singapura ini, seharian hujan. Rugi, dan yang paling drama apabila Dahlya hilang selama 40 minit. Hati Engku berasa bimbang kerana takutkan anak kecil yang telah kami jaga hampir 4 tahun lenyap dipandangan mata. Engku terus berusaha untuk mencari akhirnya staf Universal Studio jumpa Dahlya di sekitar pusat permainan transformer dan membawa ke bilik kaunter pertanyaan. Alhamdulillah ketika Dahlya didukung oleh staf USS, Engku sedang berada di bilik kaunter pertanyaan juga. Melihat Dahlya nangis teresak2, Engku juga terasa hiba.

Berikut di bawah foto2 kami ketika berada di USS.