darmansyah

July 24, 2012

Dahlya Akal yang Nakal

Setiap waktu  ada sahaja suara nyaring Umi menjerit "dahlya!!! jgn!!!" ish.. tak sudah-sudah gelagat nakal yang menjengkelkan..geram pon ada tetapi itulah anak-anak. Minda atau akalnya semakin berkembang dengan jayanya!! hahahaa.. Pabila kita menjerit pasti dia akan gelak sinis sambil mengejek "Umi takot.." 


Dahlya memang sangat-sangat ligat. Berhenti ligatnya hanya minum susu dan tidur, kadang-kadang kami fikir "apa yang rasa ya ketika umur begini??"  Dahlya suka mencuba dan dia sangat kretif mencipta permainannya sendiri. Dahlya hebat juga memujuk adiknya pabila mendengar Daniyal menangis.. tak sampai 1 minit pasti suara gelak Daniyal kedengaran.. 



Stroller adik jadi bahan mainannya "kereta racing"




Pakis lantai habis dijadikan mainannya sebelum tidur. 




Muka kami samakan?? 




Ini lagila sama.. 



July 17, 2012

Model Hijab

Dahlya memang suke berhijab, memang nampak comel! Agenda kami tempohari adalah ingin melawat Karnival di Surau As-Syakirin di Bandar Seri Putra. Disitu adanya Tadika Tahfiz!! jadinya kami bercita-cita tahun depan insyaAllah Dahlya bersekolah disana.

July 16, 2012

Konsert Maher Zain di Kuala Lumpur


Kelihatan anak kecil ini gembira ketika menonton penyanyi pujaannya

Dahlya dodoikan Daniyal


Ini merupakan momen antara kakak yang sayangkan adiknya. Sikakak seakan2 memahami ketika uminya sedang memasak.

July 12, 2012

Membesar sebagai Johan!

Lagi berapa hari lagi Daniyal akan berusia 4 Bulan!! Alhamdullilah masih menyusu badan sepenuhnya.  Adakalanya Umi hampir 'give-up' memerah susu semakin dikit. Pelbagai cara jugalah Umi mencari info atau petua untuk menambahkan susu. Dan terbaru pagi tadi Cik Yati suruh mencuba minum buah mata kucing...hurm.. kerana anak apapon sanggup ku lakukan.


susu untuk Daniyal!

Tentang Daniyal, yang sekarang ini agak sibuk 'menelangkupkan' dirinya. Bising suaranya pabila gagal untuk meniarap. Daniyal agak ciwek kerap la melalak bila nak tido atau berjumpa dengan org yang tidak kenali. Berbeza dengan kakak Dahlya!! semua orang gelar Dahlyatunnuha budak "baik budi" letak la atau siapa dokong tak kisah.. nak tido dimana2 pon tak ragam hihi.. menduga Engku dan Umi sentiasa sabar dan muhasabah diri hihi..


Daniyal dan Dahlya sedang melayan 'Youtube' di tab

Dahlyatunnuha?? agak nakal sedikit mungkin minta perhatian lebih sedikit tetapi Dahlya agak penyayang.. Dahlya gemar menggeletek atau menyanyikan lagu untuk adiknya.


Suke meniru.. kacamata engku! 


Hampir setiap minggu Engku bawa kami berjalan-jalan dengan kereta barunya. Ya! kereta baru tapi tidaklah semewah, hanya sekadar memenuhi keselesaan membawa kami kemana-mana. Alza berwarna Unggu!! mungkin Engku hadiah kan Umi sempena Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke -5? atau hadiah kelahiran Daniyal Luthfi di muka bumi ini??. Walau apapun terima kasih Engku!! Benar kata orang kata orang2 tua.. "anak-anak adalah rezeki".



Bersiar-siar di Bangi


 Menonton konsert Maher Zain di Stadium


Antara yang pergi ke Konsert Maher Zain



Daniyal! Bos besar dibawa bersiar ke Johor


Menikmati Coffee dan Roti Bakar Kluang Stesen di Keluang laa.. 

Ops yup!! Cuti bersalin tempohari sehingga kini Umi kemaruk buat kek!! Kadang-kadang hampir setiap minggu Umi buat kek!! nyum..nyum...
Antara kek yang gemar dimakan.. !



 Kalo buat kek, Umi terpaksala meletak kakak di kerusi tinggi!!



Seronok jadi baby Daniyal.. tenang sahaja...Zzzzz..