darmansyah

February 20, 2012

Membilang hari..


Empat minggu lagi Dahlya akan menyambut ulangtahunnya yang ke 3!! dan lagi 3 minggu pula Umi akan bersalin!! Diharap dengan genapnya Dahlya 3 tahun ia menjadi kakak yang comel dan penyayang kepada adiknya nanti.






Berdebar-debar bila bakal orang baru akan datang ke dalam kehidupan kami.. Mungkin ada perubahan yang banyak berlaku bila anak menjadi 2.. dan lain jantinanya plak!! huhuhuu...

Sepanjang Umi dan Engku buat scan/ ultrasound pasti kami tidak melepaskan peluang membawa Dahlya untuk melihat bakal adiknya di screen.. Dan dia akan menyebut.."baby boy!!"


Cuti hari minggu kelmarin, Umi dan Dahlya bermain basikal. Dahlya dah pandai kayuh basikal sejak berusia 2 tahun 5 bulan. Selalunya dia hanya bermain di ruanglegar halaman rumah. Tetapi semalam Umi lepaskan dia bermain di luar. Alahkah seronoknya dia boleh berbasikal seluas-luasnya.







February 14, 2012

menyambut ulang tahun kelahiran paklong

Dahlya.. "macammana pak long marah?" Dahlya mengajuk "heep" Orang yang paling ditakuti oleh Dahlya adalah PAKLONG.. dengar suara paklong ajaa.. pasti Dahlya akan membatu dengan membulat matanya.. hahaaa...

 Kembar Dahlya..Cik Madihah mata bolat. 

Kek disponser oleh Ucu. 


Menunggu tetamu datang


Dahlya taken


Semua anak dara menyanyikan "happy birthday" buat pak long

Kerana kek Dahlya terlupe paklong memeloknya..hahhaaa.. 

Menyempat aja Ucu & Pak cu. 

Antara tetamu yang hadir


2 Feb genap Paklong berusia 40 tahun!! Semoga Paklong cepat matang.. dah hampir separuh abad ..

February 03, 2012

Bertukar Tangan


Mulai dari minggu ini.. setiap pagi Engku perlu berkorban sedikit menghantar Dahlya ke rumah Mak (tempat jagaan Dahlya). Engku naik motor.. dan Umi membawa Dahlya menaiki kereta.. pabila sampai di rumah Mak.. Engku perlu membawa Dahlya naik ke ke rumah Maknye di Tingkat 2.



Muke Dahlya di pagi hari..


Engku dan broom2...

Umi dah tak larat nak naik tangga..kerana kandungan sudah 8 bulan!! Dahlya sangat seronok la.. setiap pagi Engku akan dokong naik ke atas!! dan pabila balik abang atau mak Dahlya akan membawa Dahlya turun.. kasihan mereka yang bnyak berkorban..



Engku mendokong Dahlya membawa naik ke Rumah Mak Dahlya