darmansyah

January 13, 2012

Santai di rumah

Cukup sebulan pabila cuti hujung minggu kami menghabiskan masa di rumah. Tidak melawat atok di Selayang maupun di Klang. Seronok juga duduk dirumah.. dapat menikmati kenikmatannya tido dan makan..tido.. dan makan.. hihii.. 

Kami mengambil peluang waktu petang pergi ke clubhouse berdekatan di rumah kami. Apalagi..cik Dahlya kemain seronok nampak kolam.. pada mulanya agak cuak pabila disuruh masuk dlm kolam.. semakin lama dia bermain air.. Dahlya semakin berani..kami suruh dia baring sambil mengocak-ngocak kaki... memang dia semakin pandai!!! nampaknya kene la rajin kami membawa dia kesini agar dia pandai berenang.












January 11, 2012

Aquaria KLCC

Penghujung tahun 2011 yang lalu, Umi membawa Dahlya melawat Aquaria KLCC bersama AJK ICIED. Acik Azie dan Ibu Syafiq sekeluarga ada bersama. Dahlya nampak seronok melihat ikan. Sebelum ini Dahlya hanya dapat lihat dan tahu kehidupan laut atau air di game dan televisyen tetapi dia boleh lihat kehidupan sebenar.


Banyak kehidupan laut Dahlya yang dikenal tetapi dalam bahasa Inggeris laa!!... huhuu... octopus, jelly fish, sea horse, turtle , frog dan pelbagai lagi disebut oleh Dahlya. 









January 10, 2012

Percutian Keluarga ke Pulau Langkawi Bahagian Akhir

Aktivitiseterusnya mencari makan pada malam terakhir di Langkawi, kami mengambil pilihan makan malam di Pantai Chenang. Ikan bakar. sedap. Keesokan pagi hari bangun awal sebelum berangkat pulang ke KL. Kami mengadakan acara berbahagi hadiah sambil mandi di kolam renang.



Sekian

Percutian Keluarga ke Pulau Langkawi Bahagian 3

Berikutgambar pemandangan sekitar Jambatan Udara Langkawi yang sempat kami lawati bersama ketika percutian ini.

Bersambung....