darmansyah

August 26, 2011

Salam Aidilfitri


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Aidilfitri buat kawan2 dan pembaca blog Dahlya. Mohon Maaf Zahir & Batin jika penulisan, perbuatan ada yang mengguris hati. Semoga rakan-rakan semuanya selamat segala perkara yang dilakukan terutamanya memandu kenderaan berhati-hati dijalan raya dan perbanyakan istighfar dan selawat ketika memandu.

Salam sayang dari kami Umi dan Engku Dahlyatunnuha.

August 23, 2011

Segalanya Raya



pose rambut baru

Semakin dekat kita dengan Hari Raya dan harini ini genap 23 hari umat Islam berpuasa pada bulan Ramadhan. Umi sedih kerana hanya 5 hari sahaja umi dapat berpuasa, yang selebihnya disarankan oleh doktor supaya tidak puasa. Cedeh.. ;(

Raya kalini sangat meriah untuk Dahlya, ade 6 pasang baju raya sudah dibeli untuknya. Walaupun anak kecil ini tidak memahami pengertian Raya tetapi ia tetap gembira setiap kali melihat baju barunya tergantung.

Hari minggu lepas kami membawa Dahlya ke Saloon rambut untuk memotong rambutnya. Selepas memotong rambut Engku mengajak kami membeli subang untuk Dahlya. Raya sakan budak kecik ni!!

sesi menebuk subang


August 03, 2011

Anugerah Allah

Pejam celik kita sudah 4 hari menunaikan ibadah puasa. Pada bulan puasa tahun ini Dahlya sudah menunjukkan erti nikmatnya berbuka puasa. Lihat azan di tv dan akan mengangkat doa ketika Engku membaca doa buka puas, kadang Dahlya tersasul kerana doa makan yg selalu diucapkan berbeza dengan doa berbuka puasa.

Gambar dibawah merupakan gambar terbaru Dahlya dirumah Wan. Wan ketika ini sibuk membersihkan rumah disebabkan kerja2 ubahsuai. Manakala Dahlya sedang menunggu kelahiran adik baru yang dijangkakan akan lahir pada tahun hadapan. InsyaAllah.