darmansyah

October 27, 2010

Cuti Am













Hujung minggu la paling Dahlya seronok, kerana Umi dan Engku tak kerja. Banyak masa untuk kami bersama. Hari Sabtu kami pergi IKEA mencari stool bar dan beberapa pekakas rumah. Umi kepingin untuk membeli meja Dahlya tapi ongkos umi tak cukup la.. tunggu ye sayang..

Hari Ahad kami ke Jemputan Majlis Perkawinan kawan sepejabat Engku.. cantik orangnya di dewan UIAM.

October 22, 2010

Senyum dan nangis

Lihat foto di bawah, pada mulanya Dahlya suka bila diajak ke sekolah. Apa yang paling melucukan Dahlya nampak comel ketika menangis. Akhirnya beg sekolah Dahlya dibuang ke lantai sebab tak nak ke sekolah.





October 19, 2010

Sedang Belajar


Ketika ini usia Dahlya sudah 19 Bulan!! Sabar betul kami hendak menanti Dahlya berbicara dengan betul. hurm.. bila ye ?? Buat masa ini peringkat umurnya bnyak meniru. Jadi kami mengambil inisiatif untuk mengajar Dahlya dengan sebutan dan lagu. Ada beberapa subjek (hehe..) Dahlya dah tau dan ikut..ABC, 123 (BI), Alif, Ba, Ta, Al-Fatihah. Yes,No dan bnyak lagi!! tetapi dlm sebutan pelat. Adala 2-3 butir yang boleh di fahami.

Bab membeli belah serah kat Umi.. kadang-kadang habis duit gaji Umi membeli barang mainan utk Dahlya.. tp utk bulan ini Umi beli mainan yang berbentuk pendidikan untuk Dahlya seperti VTech VSmile Baby (keybord n wireless ke TV), Little Touch LeapPad (Buku Sentuh Tangan). Agak sukar mengajar si Dahlya ini.. tapi umi dan engku perlu sabar. Namanya dah kanak-kanak.. bnyak main dari belajar.

VTech VSmile Baby

Little Touch LeapPad



Harini 20hb Oktober.. kami sekeluarga mengucapkan selamat ulang tahun buat auntie Alia, semoga ketemu jodoh yg seswai buatnye.. amin....

fakta buat alia : O.K.T.O.B.E.R 2010 = TARIKH : 10.10.10 + 20.10.2010 | HARI : Mempunyai 5 Hari Jumaat + 5 Hari Sabtu + 5 Hari Ahad. Ia Hanya Berlaku Sekali Setiap 823 Tahun.

October 13, 2010

Semoga sihat-sihat saja

Raya ke 9 Dahlya cirit birit hingga hari ke 10.. kasihan dia.. berat badan dari 10kg sehingga menjadi 8kg. Dan kali pertamanya Dahlya di tahan wad!! di hospital Serdang.. sangat tragis.. tapi anak ini kecil kurang paham apa itu sakit... walaupun di tahan wad.. die tetap bermain.

video Dahlya di Hospital Serdang.




dahlya 2 hari selepas keluar dari wad.. melawat sekolah wan



Dan sekarang Dahlya semakin sihat.. Engku dan Umi sedang menaikkan berat badan Dahlya kembali..hari2 kami sumbatkan Dahlya dengan kentang.. hihi...

Dahlya kini sihat-sihat sahaja...

Dahlya sekarang...

Aktiviti hujung minggu di Baitunnuha


Kegemaran Dahlya bermain air

Suka sangat main buaian

pose menarik

Diari harian.. "jom g sekolah!!"


October 08, 2010

Basikal Baru

Basikal ini dibeli tanpa pengetahuan Engku, Ketika Engku sedang tidur siang akibat kepenatan menyiapkan kenduri untuk majlis kesyukuran dirumah Bu Adek, Umi secara diam2 pergi membeli basikal ini.

Setelah bangun bila ditanya kenapa beli basikal ini, kat Malaysia mahal jawabnya.

Sekian cerita di Aceh.

Tolong Engku membuka bungkusan plastik.

Belum siap plastik dibuka, Dahlya dah tak sabar naik naik

Naik Basikal baru

Keesokan harinya, bangun pagi terus sempat bergambar dengan basikal baru dan telefon genggam.

October 06, 2010

Dirikan Solat

Ketika ini Dahlya suka meniru apa yang ada di sekeliling.. terutamanya yg rapat.. Umi, Engku dan Cikgu. Jika kita bersolat die pon ikut sama berdiri diatas sejadah.. siap "Allah" sambil gaya tangan bertakbir.. Banyak rukun solat dibuatnya betol kecuali SUJUD!!! Dahlya sujud terus meniarap..hahaaa.... mana dapat cara tu.. umi tak tau la..

Biarlah Dahlya mengikut dan sukatilah cara apa die nak buat untuk solat. Belajar dari kecil moga-moga dewasa taklah liat.. Engku dan Umi sentiasa mendoakan Dahlya menjadi Insan yang soleh dan sentiasa di berkati.


menanti masuk waktu solat..


Bentang sejadah ke arah Kiblat.



Berdiri betul dan Niat



TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar



RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah



MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.

"melentur buluh biar dari rebungnya... Kesayangan Umi dan Engku moga menjadi insan yang cemerlang.

Kenduri kesyukuran & Selamat tinggal Aceh

Sebelum kami pulang ke Kuala Lumpur, malamnya Bu Adek mengadakan majlis kenduri kesyukuran masuk rumah baru. Kenduri ini sudah dirancang terlebih awal agar kami adik beradik berkumpul sama.

Keesokan harinya kami bertolak dari Aceh ke lapangan terbang Polonia, Medan dihantar oleh Bu Adek, suami dan Abg Nabil. Perjalanan kami dari Acheh ke Medan amat meletihkan ini kerana kesibukan kenderaan dan jalan yang kecil melambatkan perjalanan kami. Kami sempat makan tengahari jam 4ptg di KFC, Polonia.

Terima kasih diucapkan kepada keluarga Bu Adek dan 'dream house' nya yang sudi melayan kami selama kami berada di Aceh.

Majlis kenduri kesyukuran

Dahlya sempat bermain kereta mainan Abg Nabil ketika orang ramai membaca Yasin

Di dalam kapal terbang

Senyum sebelum tidur

dan terlentok juga akhirnya

October 04, 2010

Makan Bakso

Eid yang ketiga, kami sekeluarga bersiar2 disekitar menggunakan motor. sambil2 melihat persekitaran kota Langsa, kami berhenti rehat makan bakso.


Dahlya suka naik motor

Muka ketika naik motor

Kota Langsa yang sibuk dengan peniaga2 tepi jalan

Bakso

Dahlya disuapkan dengan daging bakso

Malam, pekerja sedang memasang kabinet tv Bu Adek.

Kabinet daput Bu Adek

Senyum selalu