August 30, 2010
Menangis
'Orang tua2 kata. Anak perempuan akan rapat dengan ayahnya." mungkin ada betulnya. Perkara ini nampak bila Dahlya ditinggalkan oleh Umi untuk pergi ke Bandung tidak lama dulu. Dahlya mula rapat dengan Engku. Agak ketara si anak kecil ini boleh bergurau senda dengan Engku, jika dulu dia tidak mahu. segala masalah akan mengadu kepada Umi.
Gambar di atas, lihat bagaimana Dahlya menangis ditinggalkan Engku padahal Umi juga tidak ikut. Engku pergi berbuka puasa bersama rakan2 sekolah.
Labels:
berbuka puasa,
puasa
mam..nyum..nyum..
Setiap kali kami akan ke rumah Andung di Selayang, pastinye Umi akan menyuruh Engku singgah di McDonalds untuk membeli Bubur dan kentang goreng untuk Dahlya. Kadang-kadang kalau pergi jalan-jalan bubur McD kosong la mmg seswai utk Dahlya.
Semalam kami balik ke Klang Dahlya jumpe atok Abah dan Wan. Dan Engku bercadang terus ke Giant untuk membeli barang2 harian. Dan kebetulan plak masa tu McDonalds Drive True baru dibuka di Nilai. Tiba-tiba Dahlya memanjangkan lehernya dan berkata "Mam..nyum..nyum" erk.. oh no.. Engku..!! jerit umi.. dahlya dah tau McDonalds tu mam (mam tu makan) kui..kui....
hurm.. skang sape yg ajo?? umi jugak.. hihii... :P
Labels:
bubur ayam,
dahlyatunnuha,
kentang goreng,
Mcdonalds
August 26, 2010
Suke Sakat
Alhamdulliah sudah 15 hari umat islam menjalani ibadah puasa di bulan Ramadahan. Dan kami sekeluarga menjalani ibadah ini ketika Dahlya sudah pon mencecah 18 bulan!~
Tahun lepas senang dan tenang kami berbuka puasa atau menunaikan solat.. dan sekarang bila Dahlya dan besar dengan jayanya kelam kabut kita dibuatnya. Kita makan.. die pon sibuk nak makan.. kita solat die pon sama solat melintang. hahaa... lucu melihat telatahnya.
Cikgu Intan dan Cikgu Ina selalu bercerita tentang Dahlya di sekolah. Dahlya suka sakat.. elok teman-teman sebayanya bermain.. datang Dahlya di ambil nya mainan kawannya.Sehingga budak tu nangis baru lah Dahlya pulangkan.. ish..
Kalau di rumah lagi laaa.. Umi marah lagi jangan buat.. dia pandang umi lame2.. dan buat lagi... grr... sah2 jiran sekeliling selalu dengar umi akan menjerit "Dahlyaaaatunnuhaaa!! sangat2 suke menyakat.
August 09, 2010
Wisuda Ucu.
Sabtu, 7 Ogos Ucu telah mendapat segulung ijazah pada wisuda di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). (wisuda itu konvokesyen)Dahlya dan keluarga mengucapkan tahniah buat ucu. Semoga Ucu dpt menyambung master plop. Kalo ke UK nanti jgn lupe belikan menan utk dahlya yer. nger..nger.
sori ucu.. dahlya dah phd.. hik..hik....
Subscribe to:
Posts (Atom)