darmansyah

June 29, 2010

dahlya dan sofa bed!

sofa bed untuk Dahlya. Umi beli secara online di blog http://ladybirdshop.blogspot.com/
seronoknya Dahlya mendapat sofabed! Engku pon tersenyum (hihiiii.... ) cukup berbaloi umi beli untuk si comel ini.



menyusu di sofa bed

kusyuknya die menonton tv

bab cover cun bg kat dahlya

membaca buku pon di sofa bed


Terima kasih kat uncle amin & uncle Jai mendaftarkan Dahlya sebagai ahli Tawas. apa itu TAWAS?? hanya di Selangor aja ye.. boleh semak di selangor.gov.my ye....

June 25, 2010

Semoga Atok Nuha Cepat Sembuh!

Ini Atok Nuha, kerana Atok ini la.. nama Dahlya jadi Dahlyatunnuha!! Atok sayang sangat sama Nuha. Sekarang Atok Nuha terlantar di Hospital Serdang, baru lepas dari pembedahan jantung. Semoga Atok Nuha cepat-cepat sembuh.

Gambar ini umi tangkap pakai handphon E63!! hihiii...

sedang menanti mamam..

mamam dengan cermat yee..


atok baru lepas dari pembedahan


saya bebas!!!!



babai-babai atok!!! semoga cepat sembuh!!!


June 22, 2010

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat Engku dan Abah!!

Hanya ucapan yg boleh umi ucapkan buat mereka berdua. Semoga Allah melindungi dan dimurahkan rezeki buat mereka berdua ini. Tentu engku terperanjat kedatangan makndak, maklong, abah, jaja dan emak pada hari ahad membawa kek!!! hihi.. walaupon sekarang ini Dahlya tak paham.. mungkin satu masa nanti Dahlya sendiri akan membuat kad atau majlis untuk Atok dan Engku ye.

tgk senyum simpul atok ngan riak muke engku! :P

Maceh buat mak. makndak dan maklong sudi datang ke Baitunnuha. seronok gak lepak beramai2..


June 15, 2010

ucapan awam

hari-hari mie-mie rindukan dahlya.. walaupun tak penah berpisah. tidur sama2.. tapi bila masuk opis tgk je gambar dahlya.. mie-mie sangat rindukan dahlya!!



sila lihat dan baca translate di bawah ye..

June 03, 2010

June 01, 2010

Cerdas dan Cergas 1

Bagaimana kita ingin menjadi anak cerdas dan cergas??

Kreatif
Menyediakan ruang untuk si kecil mengasah bakatnya, galakkan anak anda menconteng di atas kertas. Sediakan peralatan melukis seperti krayon atau pensil warna. Lihat asil kerjanya, pelu memberi pujian walaupun tidak tahu apa yang dicontengnya. Tampalkan hasil kerjanya, mungkin pada peti ais, papan menampal atau gantung dibiliknya.

Kanak-kanak adalah individu yang sentiasa meneroka alam persekitaran. Pernahkah anda melihat si kecil mengeluarkan dan memasukkan mainan dalam sesuatu bekas. Ini adalah kemahiran yang lazim terjadi dalam perkembangan si kecil. Ajarlah kepadanya bagaimana memasukkan benda-benda tersebut sehingga dia mahir. Biarkan si kecil melakukan aktiviti itu kerana ia mampu meransang mindanya.

beginilah caranya umi menidokan dahlya.. die pon tiru gaks.. huhuuu..

beraya WESAK

Pada cuti wesak yg lepas.. kami berkumpul beramai-ramai di Baitunnuha.
tengoklah gelagat si kenit in dengan kawan die yg bernama Adrina..



Mak Unggal ngan bb barunyaa..


Mak Ngah ngan Wirdad