darmansyah

May 27, 2010

Membeli belah

(gambar di atas)
Engku: Makcik, makcik nak gi mana?
Dahlya: nak gi membeli belah la, nak ikut ke?
Engku: tak pe lah..makcik gi sendiri la, Engku nak rehat kat rumah.
Dahlya: OK...



Dahlya:Fuh..penat la Engku, Berat barang2 nih, Engku tolong angkat la.
Engku: Ala..makcik tarik je la beg tuh, Engku tengah tgk tv nih.

May 26, 2010

3 tahun berlalu


Hujan
Panas,
Mendung,

segalanya telah kami lalui.
Rintangan,
Cubaan,

Sedangkan lidah lagi tegigit,
Kini sudah 3 tahun hidup berkeluarga.
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke3 buat Umi.

Memori: Gambar di bawah adalah layout kad jemputan perkahwinan kami.


May 20, 2010

kitchen Dahlya VS kitchen Umi

hai!! Dahlya dengan kitty..

Minggu lepas umi dan engku membeli dapur kabinet dahlya warna merah sama dengan warna kabinet dapur umi.. jadi dahlya kene la rajin memasak. Sekarang ni Dahlya dah pandai masak telur dan membakar roti. Mungkin dah besar nanti dahlya akan menjadi Chef! hihii..

Kabinet dapur Dahlya berjenama Tafel dan pembakar roti nya jenama Hello Kitty!!

Membakar daging ek makcik?

Jangan tak tau, dapur Dahlya boleh merebus dan mengoreng.. hanya menggunakan bateri 3A makanan siap di masak!


Ini Dapur Umi plak! sama kan dengan Dahlya ??

Kabinet tv Engku

Sengaja diasingkan entri kabinet tv dengan kabinet dapur kerana masing mempunyai tanggungjawab, Umi menjaga kebersihan dapur manakala Engku pula menjaga kebersihan kabinet tv. Lihat, pemilihan warna putih sangat sukar untuk menjaga kebersihannya. Pembiasan cahaya dari warna putih akan menyebabkan ruang tv ini nampak lebih luas, walaupun ruang tv ini berkongsi sama dengan ruang tamu. Tangga yang asalnya boleh nampak ketika duduk dikerusi ruang tamu ditutup dengan Formica putih dan dijadikan stor, agak luas juga stor di bawah tangga. Cukup untuk menampung barang yang jarang digunakan.

Pemilihan warna coklat pula untuk mengkontraskan dengan warna putih dinding stor. warna coklat hanya digunakan pada tapak kabinet tv bahagian bawah dan pintu kabinet dibahagian atas.

Pekerja Ah Yap membuat kemasan plug.

Dinding tangga ditutup dengan Formica.

Kerja kemasan dibahagian penyambungan.

"Towkey ar, nanti jangan lupa kasi bersih saya punya lantai". Kata Dahlya kot...

3 almari kabinet atas yang berlainan ukuran.

"Aiyaaa...bila mau siap nih Towkey? saya sudah lama tunggu la...." (kata Boss Dahlya)

Ah Yap sedang memerhatikan kemasan pintu stor.

May 19, 2010

Kabinet dapur Umi

Setelah 10hari menempah kabinet dapur untuk Baitunnuha, tiba masa Ah Yap (towkey kabinet dapur) datang untuk memasang. Bermula hari Jumaat hingga Ahad, pekerja Ah Yap bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja2 pemasangan kabinet dapur dan kabinet tv. Seramai 6 orang pekerja yang menyiapkan kabinet dapur Umi dan kami berpuas hati dengan hasil kerja Ah Yap. Warna merah dan kelabu menjadi pilihan kami, material yg digunakan seperti kayu, cermin dan fomaica. Set dapur, penyedut udara dan oven jenama Rubine menjadi pilihan.

Boss sedang menunggu kedatangan Ah Yap

Keadaan dapur umi sebelum siap kabinet dapur

Semua barang terpaksa dialihkan ke sebelah kiri bahagian ruang tamu

`Bar top` untuk Dahlya sarapan sebelum kesekolah bila dah besar. Jam made in Ikea (RM39.00)

Hasil kerja tangan Ah Yap

`Blind` tingkap made in Ikea

Merah dan kelabu, warna pilihan

dahlya yang mentel

Dia suka menyanyi.. kadang-kadang menari..
paling suka menyahut lagu ABC dari umi... :P

May 17, 2010

Tranformasi


Dahlya genap setahun 2 bulan, dengan perubahan umur, ragam dan karenah Dahlya bertukar corak. Paling menduga sekali ialah Dahlya kuat nangis!! ngada2 tak boleh tinggalkan Dahlya seorang.. pasti dia akan melalak sekuat-kuat hatinya. Geram kita di buat melihat karenah Dahlya ni. Sehingga nak ke tandas pasti dia akan menjerit dan menangis, terpaksa la umi tahan kencing.. kadang2 balik kerja mandi petang bertukar jadual. Terpaksa umi mandi jam 9 selepas Engku pulang dari kerja.


Waktu malam pulak, mula jam 2 pagi dahlya akan menangis, tido bangun balik.. nangis.. huhuu... apa penyakit yang menyerang dahlya ye?? sabar umi dibuatnya..

Umi dan Cikgu Ina berharap Dahlya jangan melalak ye.. tolong laaaaaaah.. sian umi :(
cikgu Ina pon tak sanggup nak jaga tau :p


May 10, 2010

Hari pertama di Baitunnuha

Hari pertama rumahsudah berselerak dengan barang mainan Dahlya. Barang2 yang lain umi sedang kemaskan. Engku pula mengemas lantai bilik air, ruang tamu. Bahagian hadapan yang menempatkan parkir kereta masih lagi berselerak dengan barang2 kerja ubahsuai rumai.

Selamat Hari Ibu buat Umi Dahlya




May 07, 2010

Berpindah ke Baitunnuha

Bayangkan dirumah apartment kos sederhana yang selama ini kami tinggal boleh mengisi 2 kali perjalanan lori 2 tan untuk mengangkat barang2 kami berpindah. Terima kasih kepada rakan2 Umi yang sudi membantu kami mengangkat barang2.

Malam pertama berpindah, Dahlya tidur di rumah Pak Ngah kerana Baitunnuha masih lagi berhabuk dan takut terkena asma atau selsema. Keesokan harinya Dahlya tidur di Baitunnuha dan budak kecil ini tidak boleh tidur kerana cuaca didalam bilik utama terlalu panas dan mungkin juga Dahlya masih tidak dapat menyesuaikan dengan keadaan rumah barunya.


Sempat berposing ketika orang lain sibuk mengangkat barang

Tong cat dan lain2 barang kerja ubahsuai rumah masih lagi ditinggalkan di Baitunnuha






May 06, 2010

Hari terakhir di apartment Melati

Selama hampir 3 tahun kami menyewa di Apartmen Melati, kini tiba masanya bersiap sedia untuk berpindah ke Baitunnuha. Baitunnuha belum siap hampir 20%. Toke kontrak sudah mungkir janji dan rumah sewa kami sudah ada orang baru, mau tidak mau kami terpaksa berpindah juga.

Gambar dibawah menunjukkan berselerak rumah dengan kotak2, majalah dan lain2.