April 29, 2010
Baitunnuha - Kerja-kerja Akhir
Hampir 2 bulan kerja-kerja penambahan dan mencantikkan untuk Baitunnuha untuk disiapkan. Orang yang paling sibuk sekali ialah Engku. Setiap kali balik dari kerja pasti Engku akan menyinggah melihat rumahnya sedang di renovate tu. Engku sangat gembira plan dan angan-angannya menjadi kenyataan. Terima kasih Engku memberi kami rumah yang cantik.
Dalam 2-3 minggu ini, kami sibuk mencari tukang buat pagar, grill, kabinet dapur dan TV, langsir bnyak lagi la... Semue pemilihan setiap barang atau produk mempunyai Tema Moden dan Hitam/ Putih.
Terima kasih Acik Ezul menghadiahkan buat Dahlya sempena Hari Jadi.
April 28, 2010
Sayangnya Atok
Dahlya kesayangan atok, Dahlya pandai jeles jika Atok dukung adik Madihah.. huhh... menjerit die kalo atok dokong adik. Atok kalo x jumpe Dahlya sebulan mau di sebut2 Dahlya setiap masa. Atok akan jerit memanggil nama timangan sejak Dahlya bayi lagi "ucuk atok"
Semalam kami menghantar atok ke KLIA, atok nak pergi umrah ngan atok selayang. Atok Selayang belanja atok g Umrah kami hanya bayar tiket kapal terbang sahaja. Rezeki Atok dapat pergi Umrah dahulu dari Wan. Terima kasih atok Selayang kerana besar hati membawa dan membimbing atok Dahlya. Semoga Allah merahmatinya.. dan kedua2 atok dahlya selamat pergi dan selamat balik umah ye..
April 26, 2010
Dahlyatunnuha siri7
Kerja2 kemaskini paga supaya nampak lebih cantik dan lurus, pemasangan jubin pada dinding dapur dan bilik air sudah bermula dengan pantas. Hanya mengambil masa 3 hari sahaja, jubin2 ini telah dipasang hampir 90%.
April 09, 2010
Dahlyatunnuha siri6
Seterusnya kerja2 membuka tiang2 kayu sokongan siling konkrit, dinding kiri kanan ditutup dengan batu bata dan di plaster untuk memberi kemasan yang terbaik. Bahagian depan rumah ini mengambil dari konsep tanggam kayu pada tiang. Lantai kongkrit bahagian atas, sedikit dilebihkan untuk menampakkan sedikit bentuk pada bahagian hujung rumah.
April 08, 2010
April 07, 2010
Baitunnuha siri4
Satu demi satu tiang rumah asal di pecahkan dan digantikan dengan siling konkrit. Baitunnuha kini tidak nampak seperti rumah asal, tiang dihadapan sudah berdiri yang baru. Dijangkan Baitunnuha akan siap pembinaannya seawal bulan Mei.
April 05, 2010
Demam nak pandai
ye ke?? yelahhhh!! ye ke?? yelahh!! tgh dahlya dah boleh jalan dan berzikir!! hahahaaa.. lucu!
musim demam
Orang tua-tua ada berkata bile bayi atau kanak2 nak membesar seperti tumbuh gigi, nak berjalan pasti akan demam. Dahlya tidak terkecuali! pada 26 Mac Dahlya demam tapi x la panas sgt, kebetulan di Taskanya ade majlis Hari jadi Dahlya ngan kawan2nya yg sama bulan di raikan. Umi mintak bantuan gurunya untk mengambil gambar Dahlya dan kawan2nya.
Di KUIS, ade Hari Terbuka jadi Umi terpaksa la bekerja sehingga Ahad, mujur Engku menjaga Dahlya yang sedang demam. Pada hari Ahad, Dahlya terus dibawa ke Hospital Putrajaya kerana suhu nye meningkat 39.7' c. Tinggi sangat2.. 2 kali kami membawa dahlya ke Hospital Putrajaya. Sedih kan kalo bb camni demam panas.. sekarang Dahlya dah sihat sepenuhnya. Ligat cam gasing!!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)