Bagi pengunjung2 Dahlya yang dah tau, Dahlya memang sudah pandai sebut "Umi", tapi si kenit ni tak pandai lagi memanggil "Engku" untuk pengatahuan semua, 1 perkataan yang engku selalu sebut tu la.. yang boleh dahlya tiru!! nak tau?? iaitu perkataan "Adoi" Pernah 1 hari dahlya menyebut 100 kali "Adoi" . Padan muka engku kerana selalu merungut setiap kali dahlya lasak. "adoi dahlya".. jadi tahniah la ye dahlya.. Aduii.. walaupon x faham ape itu "adoi"
Bila dah sebesar gini, agak mudah menjaga dahlya. Pasang sahaja CD "Brainy Baby" pastinya dahlya kusyuk melihatnya, terangguk2 mungkin faham gaknye?? hihii..
Ada 3 siri : Left Brain, Right Brain dan Peak A-boo. Siri Left Brain dahlya tak berapa memberi perhatian, mungkin dia pening melihat angka dan huruf.. hmm aliran seni?? jangan la ikut engku dan umi ye dahlya!
Bercerita tentang tajuk, sebenarnya muka Wan Dahlya (nenek) dengan muka bekas Mak (penjaga dahlya) ada iras yang sama, setiap kali dahlya bertemu Wan, pasti dahlya akan sesak napas (nak nangis)..mencebik dan terus menangis teresak tak mau ngan Wan. Kenapa ya? orang lain.. cina, india sesapelah dahlya tak pernah kesah bila didokong, tetapi Wan? dia akan meraung dalam 1 jam baru dia cam itu wan.. Berpuluh2 kali berjumpa ngan wan gelagatnya tetap sama.. hmm.. hanya Dahlya sahaja yang tau.