Sudah 5 Hari Engku pergi ke Acheh atas urusan kerja, Engku berpeluang berpuasa di Acheh! Amacam? seronok?? Dan Dahlya?? terpaksa mengharungi hari-harinya ketiadaan Engku. Kurang bermain dan kerap menatap gambar Engku di gantung pada dinding. Mungkin Dahlya rindu..... Mujur Wan dan Atok sudi menemani Umi dan Dahlya.. cuti sekolah selama seminggu membolehkan wan membawa atok lepak di Bangi.Malam tadi umi menghubungi Engku di Acheh.. pabila Dahlya mendengar suara Engku.. wah!! seronoknya dia.. terenjut2 badan dia.. Memang Dahlya rapat dengan Engku.. sebab Engku rajin bermain dengan Dahlya setiap hari selepas balik dari kerja.
Harini Tanggal 25hb Ogos, Hari Ulangtahun Abah (atok) yang ke -61 Tahun!!! epy bezday Abah! dan esok Engku akan pulang pada jam 5.45 petang. Tentu Engku ada bawa buah tangan untuk kami berdua!! hihii... Luv u so much!! ahak..ahak..







